suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 07, 2009

Dalam PAS janggut kena bela..




Husam Musa yang tewas pada percubaannya untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden pada parti yang sedang menunggu untuk memerintah ini, dikatakan telah menyelar sesetengah pihak yang akan cuba meminggirkanya dari aktiviti-aktiviti parti berikutan kekalahannya pada pemilihan jawatan timbalan presiden pada muktamar PAS kelmarin.


Husam juga perasan bahawa dia sudah menjadi mangsa kepada kempen-kempen yang bermaksud mencemarkan nama baiknya dalam blog-blog dan laman-laman web politik.


Namun begitu, Husam yang berjiwa pemimpin tetap menerima keputusan dari para perwakilan dengan dada terbuka dan sebagai lelaki sejati atau sebagai seorang 'politic fighter', dimana Husam mengingatkan para pemimpin yang terpileh harus tetap menolak apa juga usul daripada UMNO.


"..PAS will have to pay a heavy prise if it continues to court with UMNO.." kata Husam, yang dipetik dari laporan akhbar Kompas,Indonesia.


Husam juga tidak nampak dan tidak paham, kerana cadangan kerajaan perpaduan seperti yang di ura-urakan itu sebenarnya amat kabur dan amat susah untuk kelihatan sebab kalau di negara lain kerajaan perpaduan atau kerajaan campuran selalunya terbentuk bila tidak ada siapa-siapa yang mempunyai majoriti yang jelas antara parti-parti politik.


Di Malaysia UMNO/BN ada majoriti, biarpun tidak dua per tiga. Oleh itu definasi perpaduan itu perlu di perjelaskan dengan terperinci untuk mengelakan kekeliruan.


Yang paling menarik ialah bila Husam membisikan di telinga seorang wakil wartawan dari Press Trust of India, ".. you know why i lost? maybe my beard are not long enough.."



dollah yankee- harap-harap kepala otak depa-depa ni tak macam kepala otak puak-puak yang ada dalam umno, kalah saja.. kira dok berdendam.

No comments:

Post a Comment