suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 24, 2009

Buka Buku Baru !!




Dalam PAS dikenali sebagai "perjumpaan ukhuwah", kalau perjumpaan sama-sama gangster cina lebih dikenali sebagai "buka meja & yam seng" dan dalam lingkungan masyarakat red indian Amerika pula,ia dikenali sebagai "meeting of the brotherhood" dengan cara setiap seorang akan menghisap paip keamanan berisi ganja didalamnya secara pusingan.

Begitu lah gambaran terhadap sesi perdamaian diantara Nasharudin Mat Isa dengan TG Nik Aziz yang mana pada perjumpaan itu Nasharudin juga telah diberikan peluang,ruang dan tempoh untuk menerangkanya dirinya dan yang kemudiannya menyaksikan Nasharudin mencium tangan TG Nik Aziz. Ramai menyatakan itu tanda Nasharudin memohon kemaafan daripada Nik Aziz dan TG Nik aziz dengan penuh keikhlasan telah memberikan kemaafan serta menarik balik kenyataan marahnya terhadap orang muda itu.

Macam biasa, penganalisis-penganalisis politik bebas di 'port' politik berkata, "perjumpaan ukhuwah" atau "buka meja" atau "meeting of the brotherhood" itu ada lah langkah yang cukup tepat dalam landasan politik PAS untuk membalut sedikit lukanya akibat daripada proposal kerajaan perpaduan.

Dan macam biasa juga sifat si Nasharudin, selalu akan menghilangkan diri bila didalam situasi yang menekan dirinya. Dia yang sepatutnya pada masa ini berdepan dengan kritikan tiba-tiba hilang lagi. Dia tidak akan mahu menjawab apa-apa juga panggilan talipon biarpun daripada rakan-rakan karib politiknya.

Secara dasar Nasharudin memang terasa telah terpinggir, tambahan pula ada seolah-olah satu mesej yang jelas yang telah dihantar oleh 10 rakan Ahli Parlimen PAS yang telah mengadakan sidang akhbar di Lobby Parlimen mengumumkan penolakan proposal kerajaan perpaduan. Juga begitu jelas menampakan yang mereka tidak bersama-sama Nasharudin dalam perkara ini dimana Nasharudin,Ahli Parlimen Bachok dan juga merupakan ketua whip PAS.

Kelmarin pun Nasharudin masih hilang dan tidak muncul diparlimen untuk mempengerusikan mesyuarat mingguan backbenchers PAS.

Akar umbi mengharapkan supaya Nasharudin jangan lah terasa hati dengan peristiwa kerajaan perpaduan ini dan anggaplah itu adalah asam garam dan rempah ratus yang perlu dalam menghadapi arus perjuangan ke arah satu malaysia baru.


dollah yankee- perjalanan nasharudin akan sedikit susah pada masa depan dalam PAS..

No comments:

Post a Comment