suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, May 02, 2009

Tamatnya kisah si Fairus



Dengan berbekalkan semangat 'siap sedia untuk gempur', bekas Timbalan Ketua Menteri-1,Pulau Pinang,Mohd Fairus khairudin terus berikrar sekali lagi bahawa dia tetap akan membuat serangan balas ataupun 'counter attack' terhadap segelintir pihak yang telah melontarkan tuduhan rasuah yang tak berasas, yang menyebabkan dia telah disiasat oleh SPRM.

Mohd Fairus yang telah muncul dari persembunyianya buat pertama kalinya sejak melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, yang mana segala tuduhan rasuah keatasnya telah digugurkan oleh SPRM minggu lepas berkata, siapa saja yang telah memainkan peranan dalam membuat tuduhan tersebut tidak boleh lari jauh dan perlu berhadapan dengannya atau dengan lain ayat "to face the music".

"..hang tau, aku telah mengharungi masa-masa dan saat-saat yang yang sungguh memeritkan, aku menderita, aku tak mampu nak keluar rumah nak berdepan dengan public, jiwa aku jadi kacau.." itu lah luahan Fairus kepada seorang gurkha politik yang telah menemani beliau ke acara menamakan calon untuk pilihanraya kecil DUN Penanti yang bakal berlangsung nanti.

"..sekarang aku juga dah tahu siapa kawan sejati dan siapa kawan yang boleh makan kawan ketika aku dalam situasi yang susah ini..", tambah Fairus dengan penuh rasa kecewa.

Pada malam menamakan calon itu, Fairus telah mengejutkan orang ramai dan penyokong-penyokong yang hadir pada malam itu bila dia muncul dan berjalan beriringan dengan penasihat umum PKR Anwar Ibrahim pada majlis yang berlangsung di Wisma Yayasan Aman,Penanti.

Fairus yang telah meletakan jawatan sebagai ADUN Penanti pada 16/04/09 itu telah memaksa SPR mengadakan satu pilihanraya kecil yang akan berlangsung pada 31/05/09, sebelum itu pada 8/4/09, Fairus telah melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri-1.

Sementara itu pada majlis itu juga, Anwar dalam ucapannya telah memperkenalkan calon yang akan mewakili PKR pada pilihanraya kecil itu ialah Prof Mansor Othman sebagai calonnya, dan Anwar juga telah meminta Lim Guan Eng untuk melantik Prof Mansor sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru menggantikan Fairus sekiranya Mansor menang pada pilihanraya kecil itu.

Anwar juga telah membuat pendedahan yang memeranjatkan ramai apabila berkata Lim Guan Eng dan PKR pusat telah mempertimbangkan agar Presiden PKR dan juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Wan Azizah sebagai calon untuk DUN Penanti dan juga sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

"..Fairus telah membuat suatu pengorbanan yang cukup besar untuk PKR termasuk telah di-lokapkan diJohor Bahru semata-mata kerana PKR..", Anwar telah memberitahu orang ramai dan penyokong-penyokong PKR pada malam itu.

Fairus juga dalam ceramahnya pada malam itu telah mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk Penanti yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dan sentiasa menyokong beliau semasa dia dilanda masalah besar itu.


dollah yankee- apa pun fairus telah mencatat sejarah politik pulau pinang apabila menjadi Timbalan Ketua menteri yang paling singkat.

No comments:

Post a Comment