suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, May 18, 2009

Saat itu ..



Ketika aku berjalan melewati 'food-court' di Taman Tun sardon,Gelugor pagi minggu kelmarin, aku terlihat seorang wanita tua sedang duduk dikali lima laluan 'food-court' tersebut.

Dengan bajunya yang lusoh dan dengan bebrapa tompokan kekotoran, wajahnya yang comot, rambut putihnya yang kusut dan keras melekat dikepala, mungkin juga dah lama tak dibasuh dan tak disabun. Dia sedang duduk diatas sekeping kotak yang dibuat sebagai pelapik duduk. Namun begitu wajahnya nampak begitu jujur dan ikhlas tetapi pucat dan keletihan.

Ketika ramai manusia yang lalu lalang didepannya, dia akan menadah mangkuk dengan tangannya yang terketar-ketar dan merayu, "encik..nak makan,tolong..!", kebanyakannya hanya lalu, tetapi ada juga yang berlalu sambil merenung tajam dengan sedikit riaksi yang tidak mengemberikan. Ada juga yang lalu sambil menghulurkan sedikit wang syiling kedalam mangkuk tersebut, dan diaakan senyum sambil menundukan kepala dan dengan perlahan mengucapkan "terima kasih".

Aku menyeluk saku seluar sambil meraba-raba mencari wang kecil, tetapi yang ada hanyalah sekeping wang kertas lima ringgit. Terlintas sekejap difikiran aku buat seketika...kenapa tidak aku gembirakan wanita tua ini dengan memberikanya wang lima ringgit itu? Tetapi bisikan syaitan lebih dasyat hasutanya...ahh tak payah lahh..

Sambil berjalan aku terus meraba-raba saku mencari sekiranya ada sedikit lebihan syiling, namun yang ada hanyalah dua puloh sen, ketika terasa ada syiling aku sudah pun melewati wanita itu beberapa langkah. Aku menoleh kebelakang melihatnya dan kulihat dia memandang tepat kemuka aku dengan matanya yang penuh berharap kerana aku tahu dia memang melihat aku meraba-raba saku mencari syiling, dan tentulah dia mengharap aku dapat memberikanya sesuatu, tetapi ia hanyalah sekeping syiling dua puloh sen. Aku begitu sedih, dan aku menoleh semula kedepan dan meneruskan perjalanan aku. Aku dapat bayangkan kesedihan dan kekeciwaannya setelah aku berlalu pergi. Tidak semua yang lalu disitu memberikanya sesuatu, setiap sen yang diterimanya mungkin amat bermakna bagi wanita tua itu untuk meneruskan saki baki kehidupan.

Aku tak boleh lupakan wajah wanita tua itu. Aku sepatutnya dah bagikan dia wang kertas lima ringgit itu yang aku ada itu kelmarin. Aku hampir-hampir memberikannya, tetapi kenapa aku tidak berbuat demikian? Aku boleh berpatah balik beberapa langkah kebelakang dan berikanya wang itu.

Aku bukan susah, dan apalah sangat dengan nilai wang lima ringgit yang kelmarin itu. Aku mungkin sudah boleh menggembirakan wanita tua itu kelmarin dengan wang itu. Mungkin juga dengan wang lima ringgit itu membolehkanya makan sepanjang hari dan mungkin dapat memanaskan badanya dengan secawan kopi panas ditengah malam semasa mengemis.

Aku buat keputusan untuk mencari wanita itu semula pada petangnya ditempat yang sama dan aku akan memberikannya sedikit wang, sedikit makanan dan beberapa helai lebihan pakaian milik bonda yang ada dirumah.

Namun pencarian aku gagal. Aku tidak menemuinya ditempat itu dan kawasan sekitarnya. Aku mencarinya lagi pada pagi ini namun masih juga tak ketemu. Olih itu aku anggap mungkin dia sudah berpindah kekawasan lain kerana beranggapan orang-orang dikawasan itu tidak lah suka membuat kebajikan termasuklah aku.

Aku mempunyai peluang untuk berbuat sedikit kebajikan pada waktu itu tapi aku tidak melakukanya. Olih itu kepada anda diluar sana aku ingin memberitahu,jika anda berpeluang untuk berbuat sesuatu yang baik janganlah lepaskan peluang itu jika ianya hadir didepan mata.


dollah yankee- apakah wanita itu malaikat yang datang menjelma untuk menguji keimanan aku?

No comments:

Post a Comment