suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 20, 2009

PKR dengan uummphh-nya...

Nampaknya PKR akan mengharungi laluan dan jalan-jalan yang sangat lancar sehingga ke garisan penamat di Penanti tanpa kepuasan atau tanpa 'thrill'.

Penamat yang baik memerlukan permulaan yang baik dan perlawanan yang baik memerlukan lawan yang hebat.

Tengoklah dari sudut mana-mana pun, keputusan BN untuk tidak berlawan dengan PKR pada pilihanraya kecil di Penanti itu pada 31 May telah menyebabkan mereka hilang wow!nya dalam pertandingan itu.

Keputusan BN itu juga kalau dilihat dari sudut taktik dimedan peperangan adalah kerana musuhnya terlalu kuat, dan jalan yang terbaik ialah berundur dan tunggu hari dan masa yang baik dilain hari.

Bukan semua didalam BN, terutamanya UMNO, yang begitu gembira dengan keputusan yang telah dibuat itu. Perkataan kalah dan tewas tidak pernah ada dalam kamus parti ini selepas begitu lama berada dipuncak, dan jika tidak bertanding, mengikut pandangan mereka adalah merupakan satu pengakuan yang mereka lemah.

Ketua UMNO Permatang Pauh, Jalil Majid juga telah memberi beberapa petunjuk bahawa penyokong-penyokong tegar dalam UMNO bahagian itu telah merancang hanya akan duduk dirumah sambil pekena cucuq kodok dengan kopi 'o' pada hari mengundi nanti.

BN pada awal-awal lagi telah mengiktiraf akan kekuatan PKR disana dan telah mengaku yang mereka memang tidak ada keyakinan untuk menang pada pertandingan itu. Akibat terkilan dan kecewa dengan penarikan diri BN itu, banyak ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh telah memaki hamun ketuanya Jalil Majid dengan mengatakan UMNO memang bacul dan penakut dan yang paling menarik bila ada ahli-ahlinya meratap-ratap mengatakan inilah pengakhiran dan penghabisan untuk BN/UMNO.

BN dan 'special branch' pun tahu apa dan bagaimana kedudukan medan itu selepas perang pada P44 Permatang Pauh tahun lepas, dengan keadaan medan yang masih tidak rata serta berlubang disana-sini serta cuaca yang tidak baik, ditambah pula kubu-kubu musuh mereka itu sedang bertambah kukuh dan tidak mudah hancur, diiringi dengan karisma Anwar Ibrahim yang masih tetap hangat, dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah menjalankan tugas yang begitu baik tanpa mengecewakan rakyat marhain, maka hilang lah sudah faktor wow! yang dimiliki oleh BN/UMNO sebelum ini.


dollah yankee- apakah najib telah mengikut formula tun razak tahun 1975 dimana BN telah menarik diri dari bertanding pada pilihanraya kecil parlimen menglembu?

No comments:

Post a Comment