suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 24, 2009

Nasharudin tetap sabarrrr...



Semenjak dua,tiga minggu kebelakangan ini beliau begitu sukar untuk dihubungi dan begitu cekap mengelakan diri serta sukar untuk ditemui. Timbalan Presiden PAS itu telah hilang dari radar skrin politik.

Ini adalah sesuatu yang luar biasa dan pelik kerana ustaz Nasharudin ketika ini begitu susah untuk menjawab panggilan-panggilan telefon dari media dan para bloggers yang bertindak sebagai wartawan blogger, dia juga sudah tidak lagi nampak dimana-mana sirkit-sirkit ceramah-ceramah PAS mau pun ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Ditambah pula sejak satu bulan lalu, beliau juga tidak memberikan satu pun sebarang kenyataan akhbar tentang politik Malaysia

Menurut berita yang dibawa oleh gurkha politik, pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat, beliau tidak bercakap apa-apa, beliau hanya duduk berdiam diri ditempatnya.

Padahal secara semulajadi beliau adalah seorang yang peramah dan seorang yang suka bercakap dan merupakan seorang yang fasih apabila bercakap bahasa inggeris maupun bercakap bahasa arab. Dan pada satu ketika, beliau juga telah dilihat sebagai seorang muka baru yang bakal menjadi pengemudi parti PAS untuk menggantikan pemimpin PAS yang ada pada hari ini.

Ini adalah kerana dengan sikapnya itu membuatkan ramai merasa pelik dan hairan kerana tarafnya yang akan bertanding untuk jawatan penting dalam parti.

Nasharudin seorang ahli akademik yang terjun kedalam dunia politik kini sedang diasak dengan tekanan-tekanan kerana telah menjadi orang pertama yang memulakan inisiatif untuk memulakan perbincangan perpaduan dengan UMNO. Ramai ahli-ahli parti yang masih marah dengan ustaz Nasharudin tentang perkara ini.

Difahamkan strateginya kali ini ialah dia hanya akan bercakap bila perlu dan yang penting-penting sahaja, dengan cara ini dia tidak akan membuka sebarang ruang yang boleh menghentam dan menggasaknya.

Dan nampaknya strategi ini menjadi dan berkesan, kerana beliau telah berjaya mengelak dan membenamkan segala apa juga benda-benda yang boleh menggagalkan beliau dalam pemilihan PAS bulan depan.

Tuan Guru Haji Hadi telah berjaya mengekalkan jawatan Presiden tanpa dicabar, manakala jawatan nombor dua yang disandang Nasharudin itu kini kemungkinan besar akan dicabar oleh Husam Musa dan Mat Sabu.

Kebimbangan ahli-ahli parti dengan perlawanan tiga penjuru ini telah menjadikan kempen pemilihan pada tahun ini lebih panas,hangat dan hebat daripada apa yang di Lembah Klang, dan semuanya itu disebabkan Hussam dan Mat sabu bukanlah terdiri daripada golongan ulama.

Para ulama didalam PAS mempunyai suara yang begitu berkuasa dan ini akan memberi satu kelebihan kepada ustaz Nasharudin untuk menuju kepuncak.


dollah yankee- selamat berjuang buat ustaz Nasharudin...

No comments:

Post a Comment