suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, May 28, 2009

Krisis Parti Politik Pundek a.k.a PPP




Oleh: Wartawan Blogger

Krisis diantara M.Kayveas dan T.Murugiah kini sudah mula bergerak lebih satu takuk dengan campur tangan dari SPRM.

Menurut satu sumber, SPRM baru-baru ini sudah singgah di Ibu pejabat PPP untuk mengambil beberapa dokumen.

Difahamkan bahawa SPRM sedang menjalankan satu siasatan terhadap seorang pemimpin parti paling kanan kerana telah menyalahgunakan wang parti dan siasatan itu sudah didalam peringkat akhir, dengan hanya sedikit sahaja lagi baki siasatan yang perlu disiapkan.

Apabila seorang gurkha politik di'port' telah menghubungi M.Kayveas melalui kaum kerabatnya, beliau telah mengatakan Murugiah lah yang sedang disiasat SPRM, tetapi bila orang yang sama menghubungi Murugiah bertanyakan hal itu, Murugiah juga telah menafikanya.

Kayveas berkata SPRM telah singgah ke ibu pejabat PPP dan mengambil beberapa dokumen yang dikatakan sebahagian daripada siasatan SPRM berhubung dengan dakwaan penglibatan Murugiah dalam politik wang.

Murugiah pula telah menafikanya dan berkata siasatan SPRM itu tiada kaitan langsung denganya, dan jika ianya ada kaitan sudah tentu SPRM menghubunginya dan bukanya pergi ke ibu pejabat PPP, kerana dia tidak mempunyai pejabat disana.

Sebelum itu Kayveas ada menawarkan sesuatu kepada Murugiah, lebih kurang macam... aku bagi kiri, kau bagi kanan... atau aku bagi atas... kau bagi bawah... sebagai jalan alternatif untuk jalan penyelesaian pertikaian diantara mereka berdua.

Sama ada Murugiah ada menerima atau menolak tawaran daripada Kayveas itu, tidak lah diketahui.

Apa-apa hal kita tunggu perkembangan selanjutnya dalam masa sehari atau dua lagi.


dollah yankee- kayveas ni pernah jadi caddy bapa aku semasa bapa aku dok main golf dulu.

1 comment: