suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, May 05, 2009

Kepala otak di-cuci

Mula-mula aku pun tak paham apa yang Najib dok merepet tentang kesetiaan penjawat awam terhadap kerajaan pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri dua hari lalu.

Tetapi semalam, bila aku jumpa sorang kawan lama yang bertugas dengan MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang), baru aku perasan maksud intipati ucapan Najib tu.

Dia yang bercerita baru balik dari berkursus di Langkawi bercerita macamana kepala otak 44 orang anggota MPPP telah kena cuci, dan selama lima hari itu juga dipenuhi dengan sesi cerita yang baik-baik tentang kerajaan BN, dan semua yang buruk, yang busuk, yang tak baik tentang Kerajaan Pakatan Rakyat, tentang Anwar Ibrahim dan tentang pemimpin-pemimpin lain yang bersama-sama dengan PR, tetapi Anwar Ibrahim lah yang paling hebat di caci.

Apa yang aku tak paham disini ialah, sahabat itu dan 44 yang lainnya bertugas dibawah PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di bawah Kerajaan PR. 'Pay-Roll' mereka semuanya dibawah kerajaan negeri, takkan kerajaan negeri tak tahu kursus yang dihantar itu adalah jenis kursus mencuci otak untuk menanamkan sifat anti PR?


Sahabat ini yang aku kenal ini memang menyokong kuat polisi dan dasar PR, tetapi bila balik saja dari menjalani kursus tersebut, sahabat ini mula bercerita tentang kebaikan kerajaan BN dan mengutuk PR habis-habisan.

Dan aku pun buat kesimpulan bahawa, memang 'facalitator' dan tenaga pengajar yang memberikan pelajaran kepada mereka ini semasa kursus itu, telah berjaya me'neutral'kan kepala otak anggota-anggota ini.


dollah yankee- aku cadangkan kerajaan pakatan rakyat di pulau pinang ni pun perlu lakukan perkara yang sama.

1 comment:

  1. itu maknanya kerja PR membohong rakyat. Bila dak tahu cerita sebenar jadilah macam kawan tu.

    ReplyDelete