suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, May 06, 2009

Ini baru laa.. Ali Baba dengan 40 penyamun !!



Laporan audit bebas keatas Port Klang Free Zone (PKFZ) dijangka akan dikeluarkan minggu ini akan merupakan satu pembongkaran yang akan dikutuk atas salah pengurusan, perjanjian dan perbincangan yang cukup sulit dan penuh rahsia, perbalahan kepentingan diri serta bermacam-macam lagi perkataan korporat yang menunjukan kebusukan dan ketamakan yang mana projek yang sepatutnya hanya bernilai RM1.8 billion telah digasak cukup-cukup hingga jumlahnya telah menjadi RM 4.6 billion.

Satu sumber telah memberitahu antara perkara yang menyebabkan terjadinya penyelewengan ini adalah disebabkan:-

- Tidak ada kajian yang menyeluruh terhadap projek ini ketika dimulakan usaha untuk membangunkannya.
- Keputusan-keputusan besar yang dibuat itu belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah Pelabuhan Klang.
- Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang dan Pengurus Besarnya telah membuat perjanjian tanpa meminta nasihat daripada pihak yang berkuasa dalam kerajaan.
- Gagal dalam pentadbiran untuk melaksanakan "checks and balance" terhadap projek tersebut.

Laporan itu juga menyatakan terlalu banyak situasi perbalahan kepentingan diri didalamnya:-

- ADUN Sementa, Datuk Rahman Palil adalah bekas Pengerusi KPPL (Koperasi Pembanggunan Pulau Lumut) dan pada masa yang sama juga adalah Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pelabuhan Klang pada tahun 2002, apabila tanah untuk membangunkan PKFZ telah dijual olih KPPL kepada LPK (Lembaga Pelabuhan Klang).
- Rashid Asari & Co, panel firma guaman untuk LPK, juga adalah firma guaman yang sama yang peguam perjanjian jual-beli diantara KPPL dan kontraktor turnkey KDSB (Kuala Dimensi Sdn.Bhd.). Yang menariknya, rakan kongsi kanan firma guaman itu, Datuk Rashid Asari adalah Timbalan ketua UMNO Bahagian Kapar, dimana Tan Sri Onn Ismail adalah ahli EXCO. Onn Ismail adalah bekas Pengerusi KPPL dan menantu lelakinya Faizal Abdullah adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar ketika itu, dan juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Wijaya Baru Global Bhd(WBGB)., sebuah firma yang telah dilantik oleh KDSB sebagai sub-kontraktor utama untuk projek itu.
- Perunding BE Sdn.Bhd., telah dilantik olih LPK sebagai Quantity Surveyor (QS) untuk PKFZ, mereka ini juga adalah QS untuk KDSB.
- Lembaga Pengarah LPK telah tidak dimaklumkan bahawa Pengerusi LPK pada satu ketika juga adalah bekas Timbalan Pengerusi WGSB.
- Lembaga Pengarah KDSB Omar Latip dan Idris Mat Jani juga adalah Pengarah dan pemegang saham didalam WGSB.

Salah satu aspek yang menyumbang kepada keserabutan PKFZ, tambah sumber itu lagi ialah, beberapa peraturan Kementerian Kewangan terhadap amalan ketelusan telah tidak diguna pakai dan tidak terlebih dulu mendapatkan pandangan daripada pejabat Peguam Negara.

Malah perjanjian diantara LPK dan KDSB juga sebenarnya tidak melalui pejabat Peguam Negara untuk saringan dan tapisan, tambah sumber itu lagi.

Pihak Peguam Negara telah mencadangkan kerajaan sepatutnya mengambil 404ha tanah untuk membangunkan PKFZ itu, daripada membelinya dari KDSB dengan harga RM 25 kp, walau pun KDSB memperolehi tanah itu daripada KPPL hanya dengan harga RM 3 kp.

Sumber itu juga mempersoalkan sikap KDSB yang telah mengenakan kos bayaran bunga yang melampau terhadap LPK sehingga RM 300 juta, dimana kos yang tersembunyi yang berjumlah RM 100 juta tidak didedahkan kepada LPK, dari sini harga pembelian telah menjadi melebihi RM 1 billion.

Yang menarik juga ialah, Pengerusi BBC, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing adalah pemegang utama saham dalam KDSB, dan bekas Bendahari UMNO, Datuk Azim Zabidi juga adalah Ahli Lembaga Pengarah KDSB.

Apa-apa pun kita tunggulah laporan yang terperinci yang lengkap yang akan dikeluarkan untuk umum itu nanti.


dollah yankee- phewww..! ini kira sudah kira macam pakai bulldozer untuk korek semua yang ada...

No comments:

Post a Comment