suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, May 16, 2009

Indonesia,Fakta..Malaysia? Auta..!!



Kalau dulu, 10 tahun dulu, jika disebut Indonesia,badminton saja yang didepan. Tapi sekarang, Indonesia telah menjadi bintang untuk lima negara Asean, mereka sudah kedepan, bukan saja badminton, politik dan ekonomi tapi juga pejuang berani mati.

Jadi kepada sesiapa yang menganggap Indonesia sebagai sebuah negara yang sering tertinggal dibelakang Malaysia, kini terpaksa berfikir semula.

Perkembangan terkini negara itu terutama dalam dua skop utama iaitu ekonomi dan politik jelas menunjukan mereka benar sudah kedepan dari Malaysia (kalau race haram moto,dah kena tinggai empat,lima tiang !)

Unjukan IMF yang dikeluarkan oleh Regional Economic Outlook minggu lepas menunjukan ekonomi Indonesia dijangka tumbuh pada 2.5% tahun ini dan akan naik sedikit meningkat kepada kepada sebanyak 3.5% pada tahun hadapan.

Bertentangan dengan negara kita Malaysia. Prospek ekonomi Malaysia adalah yang kedua teruk antara lima negara Asean. Ekonomi Malaysia dijangka jatuh dan melelong kepada -3.5% tahun ini, tetapi dijangka meningkat memantul semula kepada -1.3% pada tahun hadapan. Kelebihan ekonomi Indonesia keatas Malaysia,membolehkannya mendahului kita sehingga ke tahun hadapan.

Dari sudut politik, Malaysia perlu belajar banyak dari negara jiran kita itu. Pertama, pemimpin-pemimpin diperingkat daerah dan 'level' wilayah di Indonesia, adalah dipileh oleh rakyat secara mengundi.(kalau di Malaysia,lebih kurang macam Ahli Majlis Daerah laa..) Dengan itu pemimpin yang dipileh tadi telah menjadi lebih bertanggung jawab dan mengambil berat hal hal dan keperluan yang perlu untuk wilayah jagaannya. Dan dengan ancaman dan peringatan untuk diundi mereka keluar jika mereka tidak menjalankan tugas dan tanggung jawab dengan betul, telah meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik disesetengah majlis daerah diwilayah mereka.

Yang kedua: Indonesia menikmati kebebasan yang aku rasa lebih baik dari Malaysia. Baru-baru ini sesetengah aktivis secara terbuka telah mendesak agar pengundi tidak menyokong Probowo Subinto dan Jeneral Wiranton sebagai calon untuk pilihanraya presiden julai disebabkan tuduhan tuduhan menganiaya dan menceroboh hak asasi manusia
masa lepas. Biarpun Prabowo adalah bekas Komander Angkatan Khas Tentera dan Wiranto bekas Jeneral Tentera Indonesia,namun aktivis-aktivis ini tidak ditangkap, tidak didakwa mahu pun di penjarakan.

Berlainan di Malaysia, Wong Chin Huat, seorang aktivis BERSIH, telah ditahan dibawah akta hasutan minggu lalu kerana telah menyeru orang ramai berpakaian warna hitam sebagai tanda bekabung diatas matinya demokerasi di negeri Perak, dan juga kerana telah mengganggu ketenteraman awam dengan penganjoran ceramah-ceramah dan pada satu perhimpunan dua minggu lalu. Turut ditahan juga pada masa itu ialah lima peguam yang cuba memberikan bantuan guaman terhadap beberapa penyokong PR yang telah ditahan pihak polis.

Secara ringkasnya, gabungan kekuatan daripada kestabilan politik, keteguhan demokrasi dengan prospek ekonomi yang menarik yang disokong oleh rakyatnya, masyarakat peniaga, pelabur luar, telah menjadikan Indonesia nombor satu dalam lima negara Asean.

Dan alangkah baiknya jika negara kita waktu sekarang, memiliki sifat-sifat itu.


dollah yankee- statistik jenayah di malaysia juga menunjukan, warga indonesia mendahului senarai warga-warga asing yang terlibat dengan jenayah

No comments:

Post a Comment