suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, May 10, 2009

Gaduh ..!

Memang sudah biasa, diakui dan diterima oleh semua ahli-ahli UMNO bahawa merebut jawatan adalah perkara yang biasa dan satu kemestian dalam parti ini. Dengan lain perkataan, kalau pasal bergaduh nak rebut jawatan-jawatan dalam UMNO, dari jawatan yang paling 'pekak' iaitu Ketua Pemuda Cawangan kepada jawatan Ketua Bahagian, Ketua Puteri, Ketua Pemuda sampailah kepada post yang paling powerfull iaitu Presiden... mereka memang suka dan minat nak bergaduh.

Itu adegan semasa peringkat pemilihan, kemudian akan masuk fasa kedua, peringkat bila dah menang, kemudian peringkat ketiga, and so on ... sampailah ada pemenang(Biasalah, nama pun gaduh!,mesti ada menang ada kalah).

Yang terkini punca akan berlaku pergaduhan besar peringkat kedua dalam UMNO ialah, bila ada pihak yang membawa khabar (entah khabar angin atau khabar hujan) antaranya, KJ akan ditahan dan dijadikan beliau macam Anwar Ibrahim dulu (apa kes? belum tahu lagi, tapi yang nampak macam nak lekat ialah kes rasuah politik wang).

Sebab apa kena bergaduh fasa kedua ini ya??!Ini disebabkan KJ sedang bergerak laju, sedang menyusun atur satu pergerakan perjalanan dengan rancangan untuk mengambil alih beberapa pertubuhan yang ada nama, pertubuhan yang kuat, pertubuhan yang berpengaruh. Pertubuhan-pertubuhan inilah yang akan menjadi tentera-tentera yang akan duduk dibelakang beliau, untuk membantu beliau dalam perjuangan politik yang akan datang.

Begitu juga dengan nasib Azalina Othman Said, ada yang kata beliau akan ditamatkan karier politiknya dengan isu rasuah yang sedang tergantung.


dollah yankee- Maka dijaminlah, pergaduhan ini hanya menunggu waktu yang sesuai untuk ditiup wisel permulaan.

No comments:

Post a Comment