suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, May 29, 2009

Catch me if you can..(2)



Oleh: Wartawan Blogger
(numeroquarto@gmail.com)



Polis telah memulakan siasatan mereka terhadap editor portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, yang di percayai sedang menyembunyikan dirinya di Brisbane,Australia, telah meninggalkan negara tanpa sebarang kesan.

Mereka juga telah meminta bantuan dan bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di Australia untuk mengesan, menjejak dan memastikan samaada PET masih lagi berada disana atau sudah hilang lagi.

Sementara itu didalam satu laporan akhbar melayu telah memetik, Ketua pengarah Imigresen Abdul Rahman Othman berkata, tidak ada tanda-tanda rekod-rekod terbaru di semua pusat-pusat pemeriksaan Imigresen dalam negara yang ada menunjukan PET telah keluar meninggalkan negara.

Abdul Rahman Othman menambah, jika benarlah sepertimana laporan-laporan akhbar mengatakan PET telah keluar meninggalkan negara ini, dia kemungkinan besar telah meninggalkan negara ini melalui laluan 'underground' yang ada untuk keluar.


dollah yankee- wahhhh..! ini PET sudah macam dalam filem harison ford lahhh..!

No comments:

Post a Comment