suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, May 22, 2009

Cantik asli atau cantik 'botox'?


kalau lah monalisa pun buat 'botox cosmetic' mungkin macam ni lah agaknya...

Kebanyakan penampilan wanita-wanita pada hari ini yang aku jumpa, semuanya awet muda belaka dan tidak dimakan usia, walaupun aku tahu mereke semuanya sudah menghampiri 50tahun. Mereka tetap 'maintain' potongan badan yang menarik biarpun sepatutnya tidak patut kelihatan begitu dengan kedudukan usia mereka. Mereka begitu mengambil berat tentang kecantikan wajah dan tubuh badan yang menarik. Untuk kelihatan menarik dengan wajah jelita dan bentuk tubuh yang menggiurkan serta kelihatan muda, banyak wanita kini mengamalkan rawatan-rawatan kecantikan 'Botox'. Ia seolah-olah 'botox' ini adalah sejenis 'ubat ajaib' untuk kelihatan muda jelita dengan bentuk tubuh badan yang seksi.

Wajah yang menjadi tua dan kelihatan tua sebenarnya adalah tanda-tanda kita sudah memasuki usia tua. Semua orang sepatutnya akan menjadi dan meningkat tua secara semulajadi, bukannya bergantung kepada 'ubat ajaib' ini. Aku ada kenal dengan seorang wanita yang berusian 50 tahun pada tahun ini, tetapi dia kelihatan seperti seorang remaja yang berusia 20an dengan kulitnta yang putih bersih dan cekang dengan wajah yang jelita serta mempunyai bentuk tubuh badan yang kalau lelaki hidung belang tengok...boleh meleleh ayaq lioq..., tetapi kalau dilihat kepada cara-cara beliau mendapatkan rawatan 'botox' yang dilakukanya itu... Masya Allah..!! begitu menggerunkan dan menyeksakan sebab hanya untuk kelihatan muda dan jelita.

Begitu juga dengan selebriti-selebriti kita pada hari ini yang begitu mementingkan tentang bagaimana hendak kelihatan jelita dan muda remaja.

Oleh itu kita janganlah menilai seseorang daripada rupa bentuk wajah. Bukanya semua yang lahir dengan wajah yang jelita dan menarik serta menawan kerana pada hari ini juga masyarakat masih lagi memandang dengan pemandangan yang kurang enak jika seseorang itu tidak cantik. Kita sepatutnya mencuba melihat disebalik wajah itu dan dan hati seseorang bukanya wajah jelita dan tubuh badan yang seksi.


dollah yankee- khir toyo tak gaduh buat rawatan 'botox' pun, cukup dengan makan 'tempe' saja hari-hari...

No comments:

Post a Comment