suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, May 19, 2009

Akhirnya PKR lwn (ex-)PKR



Biarpun Barisan Nasional (BN) sudah mengeluarkan kenyataan resmi yang mereka akan menarik diri dari pilihanraya kecil DUN Penanti, namun tetap akan ada pertandingan.

Bekas Ketua Wanita PKR negeri Pulau Pinang, Aminah Binti Abdullah tetap akan meneruskan rancangannya untuk bertanding dan dia juga sudah tidak sabar-sabar untuk
berlawan satu lawan satu dengan calon PKR Dr.Mansor Othman.

Ada sumber memberitahu bahawa Aminah ini siang malam berdoa agar Najib tidak 'flip-flop' dengan keputusannya untuk tidak meletakan calon pada pilihanraya kecil Penanti itu.

Walau bagaimanapun, Aminah ini kemungkinan besar akan tetap bersaing dengan seorang lagi calon bebas yang telah menyatakan hasratnya untuk bertanding. Mohd.Saberi Othman 49 tahun, seorang jurujual kereta terpakai telah mengumumkan semalam yang dia akan mencuba nasib untuk menjadi ADUN Penanti. Berasal dari Kubang Semang dan merupakan penduduk Penanti.

Bekas anggota tentera ini juga diberitakan begitu yakin akan mendapat sokongan daripada pengundi Penanti memandangkan dia adalah anak jati Penanti.

Dalam pada itu, Aminah yang mendapat berita mengatakan akan ada calon bebas lain yang berminat untuk bertanding telah merayu agar Mohd Saberi menarik diri dan memberikannya peluang untuk merampas kerusi DUN Penanti itu daripada PKR.

Sementara itu gurkha-gurkha di'port' politik begitu yakin bahawa BN akan meletakan calonnya sebelum pengumuman penarikan diri dibuat, ini kerana 'informer-informer' ada memberitahu bahawa kesemua bilik-bilik hotel di Bukit Mertajam dan Prai serta rumah-rumah sewa dikawasan berdekatan telah banyak ditempah olih BN/UMNO.


dollah yankee- najib dengan BN/UMNO pasti kena maki lagi olih orang ramai yang nak buat duit dengan adanya pilihanraya kecil itu,tapi tak jadi, tambah-tambah makcik yang berniaga gulai itik, towkey nasi kandaq tepi masjid, towkey-towkey hotel, md.deris jones road,ketua-ketua cawangan dan paling marah pastilah jalil gagap..kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment