suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 04, 2009

SPRM buat lawatan sambil belajar ke Kementerian Sukan dan Belia

SPRM kelmarin telah membuat satu kejutan dengan melakukan satu lawatan sambil belajar ke Kementerian Sukan dan Belia kerana ingin melakukan satu siasatan berikutan permintaan daripada menterinya sendiri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Adalah difahamkan bahawa menteri berkenaan telah mengarahkan satu audit dalaman keatas akaun untuk mengesan akaun yang berlebihan yang telah disalah gunakan yang telah menyebabkan peti simpanan yang menyimpan sumber kewangan kementerian tersebut kering kontang.

Ismail Sabri telah mengarahkan audit tersebut dua bulan yang lalu selepas gagal untuk mendapatkan kerjasama dan ketidakpuasan hati beliau diatas penjelasan yang telah diberikan olih beberapa pegawai kementerian tersebut.

Olih kerana tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan audit dalaman tersebut, beliau telah menghantar jemputan kepada SPRM untuk datang melawat ke kementerian termasuklah pejabat Peguam Negara untuk memohon bantuan.

Ismail yang telah mengambil alih tugas tersebut daripada Azalina Othman Said, telah memberi amaran kepada anggota dan pegawai yang telah meluluskan perbelanjaan kewangan yang tidak benar tersebut agar tidak terlibat atau mereka akan menghadapi masalah besar kerana beliau telah menjemput SPRM untuk melakukan kerja-kerja pembersihan yang terlibat.

Adalah difahamkan juga bahawa Ismail Sabri mula menyoal tentang keujudan beberapa badan yang ditubuhkan ketika Azalina menjadi menteri seperti Majlis Kesihatan Kebangsaan (National Fitness Center) dan Yayasan Sukan dan Kesihatan Wanita Malaysia (Woman's Sport and Fitness Foundation Malaysia), yang telah menerima sumbangan berjuta-juta ringgit dari pihak kementerian.

Ismail Sabri tidak mahu beralah dan amat keras hati untuk mencuci dan membersihkan kementerian, dan menjemput pihak SPRM dan Pejabat Peguam Negara adalah jalan terakhir setelah beliau tidak mendapat satu pun jawapan yang memuaskan.

SPRM pada rabu lepas telah mengambil beberapa dokumen daripada kementerian termasuk satu dokumen merujuk kepada pembelian satu "scoreboard" untuk sukan sukma dimana harga pembelian dan kos operasi sebanyak RM 1 juta telah bertambah kepada RM 11 juta.

Dokumen lain yang diambil SPRM juga adalah termasuk kejohan yang tidak mendapat sambutan iaitu "Champion Youth Cup" (CYC) dimana Malaysia telah memenangi tawaran untuk menganjurkannya selama 3 tahun yang bernilai RM 17 juta setahun dan juga Tabung Pembangguan Sukan Negara yang telah berkurang sebanyak RM 500 juta tunai sejak beberapa tahun lepas.

SPRM telah ditegah untuk memberikan butiran tentang siasatan yang sedang dibuat tetapi seorang gukha politik telah membisikan bahawa beberapa dokumen telah disiat sebelum Ismail Sabri mengambilalih kementerian bulan mach tahun lepas.

Gurkah itu juga berbisik mengatakan bahawa satu siasatan yang lebih kurang sama keatas Kementerian Pelancongan dimana Azalina yang merupakan menteri disana, juga telah membuat perkara yang sama iaitu telah memusnahkan beberapa dokumen selepas kekalahan beliau sebagai ahli MT umno pada pemilihan minggu lepas.

Penyiasatan itu akan melihat dari sudut dimana dokumen yang diarah musnah itu, arahanya datang daripada menteri atau tindakan solo pegawai yang berkenaan.


dollah yankee- kalau dia dapat simpan 10 juta pun makan tak habis...

No comments:

Post a Comment