suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, April 14, 2009

Sorotan Pakej Rangsangan Kedua: Bila? Siapa? Kemana?

SAMAADA pakej rangsangan kedua yang dibuka tudungnya oleh Menteri Kewangan Najib Razak, akan melembutkan impak keras terhadap kemerosotan ekonomi yang sedang dan akan berlaku lagi dan menampongnya untuk pertumbuhan yang cergas pada jangka masa panjang akan bergantong kepada tiga persoalan kritikal.

Pertama, bila kah dana tersebut akan di-belanjakan? Kedua, siapakah yang akan benar-benar mendapat manfaatnya daripada inisiatif dalam pakej rangsangan kedua itu? Ketiga, kemanakah arah tuju ekonomi Malaysia?

Jika di-nilai kepada prestasi yang lepas-lepas, jawapan kepada persoalan pertama tadi adalah amat membimbangkan. Menurut kepada "Project Management Unit", RM6.5 billion daripada pakej rangsangan yang pertama yang bernilai RM7 billion, yang di-umumkan pada November tahun lepas, telah pun di-berikan kepada Kementerian-Kementerian dan Agensi-Agensi kerajaan.

Bahawa 92.9% daripada pakej rangsangan yang pertama yang telah di-beri itu boleh dikatakan memuaskan. masalahnya adalah hanya RM1 billion sahaja telah di-belanjakan. Jika betullah ini bermaknana ianya satu penghinaan yang tidak disedari dimana kadar kemajuannya adalah amat perlahan sekali. Untuk mengukur keberkesanannya adalah bukannya sebanyak mana jumlah yang telah diperuntukan atau dibagi tetapi berapa cepat wang itu telah dibelanjakan.

Melihat kepada suasana ekonomi negara yang menjunam dengan begitu pantas, keperluan untuk mempercepatkan perlaksanaannya adalah amat penting. Pertumbuhan suku keempat tahun lepas begitu muram dan mencengkam dimana 0.1% ekspot telah jatuh kepada 27.8% pada bulan Januari tahun ini dan kebanyakan penganalisis ekonomi telah meramalkan pertumbuhan untuk 6 bulan pertama pada 2009 ini akan menjadi negatif.

Tambahan lagi, biarpun pakej rangsangan kedua yang diumumkan itu bernilai RM60 billion namun kerajaan persekutuan hanya akan membayarnya secara tunai sebanyak RM15 billion sahaja, itu laporan yang dibuat oleh CIMB, dan menurut CIMB lagi jumlah keseluruhan perbelanjaan sebenar pada kedua-dua pakej rangsangan itu hanya akan berjumlah kepad RM20 billion.

Dengan lain perkataan, jumlah tunai yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kedua-kedua pakej rangsangan itu hanya lah dibawah 30%. Kesimpulan daripada ini, peranan kerajaan persekutuan hanyalah memulakan langkah untuk menangani ekonomi negara yang telah terhenti, sementara sektor-sektor swasta pula akan bertindak sebagai enjin yang akan melajukan pergerakan itu. Oleh itu sebarang kelewatan dalam perbelanjaan kerajaan bermakna ekonomi kita tetap tidak bergerak.

Dan untuk persoalan kedua, persepsi adalah penting sepentingnya realiti. Dimana sebilangan pengusaha, peniaga-peniaga dan mereka yang terlibat dalam sektor korporat merasakan bahawa mereka sebenarnya tidak mendapat sebarang kebaikan dan manafaat daripada pakej itu kerana mereka bukanlah dalam golongan umno-putra, dan mereka hanyalah terlibat dengan menjadi pemerhati daripada terlibat untuk sama-sama mengambil bahagian.

Lagi berkenaan isu yang berkaitan ialah, adakah negeri-negeri yang dibawah perintah Pakatan Rakyat (PR) akan sama-sama mendapat manafaatnya daripada kedua-dua pakej rangsangan itu? Dilihat kepada Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri yang begitu maju dalam negara kita, sebarang percubaan untuk memarginalisasikan peranan mereka sebenarnya akan lebih merencatkan kadar kemajuan dalam usaha pemulihan.

Jika diukur dari segi politik, peruntukan untuk perbelanjaan pembanggunan berdasarkan penggabungan politik sebenarnya adalah satu strategi yang gagal sama sekali. Dimana pada pilihanraya umum lepas dan lima pilihanraya kecil selepas itu, pengundi-pengundi atau rakyat sudah mula memekakkan telinga mereka bilamana Barisan Nasional yang merayu-rayu dan memainkan isu pembanggunan yang telah berjaya dilaksanakan mereka.

Oleh itu, untuk memberikan vitamin dan tenaga serta menggerakan sektor-sektor swasta, pembuat-pembuat dasar(policy makers) yang diatas sana hendaklah memberi isyarat yang jelas dalam membicarakan persoalan yang ketiga iaitu kemanakah arah tuju ekonomi kita? Biarpun sebenarnya pakej rangsangan ini telah membisu dalam persoalan ketiga ini, namun Najib dalam satu temuramah dengan Financial Times, telah menawarkan satu langkah serta pandangan dan cuba menarik minat mereka dengan memberi penekanan dalam bidang sektor perkhidmatan dimana petunjuk ekonomi untuk sektor itu sepatutnya meningkat kepada 70%. Pada tahun 2007,sektor perkhidmatan hanya menyumbang 46.4% daripada KDNK negara, angka yang tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu.


dollah yankee- benarlah..hidup ini umpama pusingan roda..

No comments:

Post a Comment