suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, April 25, 2009

Sidang DUN Perak, apa nasib speakernya?



Dewan Undangan Negeri Perak dijangka akan menggantikan speakernya, V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat (PR),apabila memulakan sidang pada 7 Mei nanti.

Merujuk kepada satu sumber, Sultan Azlan Shah, telah pun dijemput untuk menyampaikan titah pada sidang pembukaan itu yang akan bersidang buat pertama kalinya dibawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas tragedi rampasan kuasa pada bulan februari lepas. Difahamkan bahawa, wakil-wakil rakyar BN akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Sivakumar pada hari pertama sidang.

Dan pada sesi penyambongan semula sidang keesokan harinya, dewan akan melantik seorang speaker yang baru untuk menamatkan 2 bulan krisis perlembagaan dinegeri itu.

Sivakumar merupakan satu-satunya halangan didalam krisis tersebut, dan hanya satu-satunya wakil dari PR yang tinggal didalam kerajaan yang telah dialih kuasakan.

Dia bukan sahaja telah mengiktiraf Menteri Besar PR, Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar negeri Perak yang sah, tetapi juga telah melarang Zambry Abd.Kader dan 6 exconya dari menghadiri sidang itu.

Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan perintah bahawa, Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Zambry dan 6 ahli exco BN daripada menghadiri sidang dewan undangan negeri.

Sumber itu juga mengatakan, calon untuk jawatan speaker dewan undangan yang baru ialah ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainudin. Manakala ada satu sumber dari umno Perak mengatakan, jawatan itu pada mulanya ada ditawarkan kepada Tajo Rosli, tetapi beliau telah menolaknya.

Sumber itu juga ada mengatakan, ADUN Jelapang Hee Yit Foong, yang sekarang dibawah kerusi wakil bebas selepas keluar daripada DAP, dan dua lagi ADUN, Jamaludin Mat Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) kemungkinan besar akan dilantik sebagai exco didalam kerajaan negeri BN itu.

Sebelum ini pun Hee adalah bekas Timbalan Speaker dan Jamaludin serta Osman adalah ahli exco dibawah PR.


dollah yankee- kot-kot 3 orang ni dapat jaminan yang..kalau lompat,jawatan tetap kekal..adakah begitu?

1 comment:

  1. Rampasan kuasa... Itu cara tak sah!

    Patutkah kita muatkan dalam sejarah Malaysia?

    Walaubagaimanapun, Nizar tetap MB Perak saya!

    Inilah suara anak Perak!

    Kembalikan hak rakyat, bubarkan DUN...



    Regards,

    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

    ReplyDelete