suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 24, 2009

Sepanduk Mengkritik Guan Eng..



Isu kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri-1,Pulau Pinang,yang di-tinggalkan oleh Mohd Fairus Khairudin, nampaknya telah memberi sedikit kesan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang di-bawah kepimpinan Lim Guan Eng.

Sepanduk-sepanduk yang berbunyi " Ketua Menteri tidak kuasa" telah dikesan telah digantung dibeberapa lokasi di-Pulau Pinang kelmarin.

Macam biasa, ada gurkha politik di-'port', yang tahu sangat di-mana Lim Guan Eng akan berada pada setiap pagi jam 7, telah berkesempatan untuk bertanya tentang perkara ini. Dan macam biasa, Lim Guan Eng yang cukup 'cool' itu berkata, didalam negara kita yang mengamalkan sistem demokerasi, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk melahirkan rasa tidak puas hati dan meluahkan apa juga pendapat, dalam apa juga cara.

"..itu George Bush pun dia orang baling sama kasut tau?, nasib i baik sikit laa, sebab orang Penang ada sikit perasaan,jadi dia orang gantung itu banner saja.." Kata Guan Eng sambil ketawa. Beliau menambah,"..Apa macam pun, dia orang kena pastikan semasa gantung itu banner,dia orang mesti ada approval dan kena bayar itu fees dekat city council,kalau tidak,i terpaksa arahkan penguatkuasa city council angkat turun.." katanya lagi.

"..I tiada problem apabila dikritik melalui itu banner,selagi dia orang sudah bayar itu lesen mahu gantung punya,i am open to any criticism, baik punya ka, tarak baik punya pun ok.." sambil tersenyum.

Sementara itu Guan Eng turut mengalu-alukan tindakan Najib menghapuskan 30% ekuiti bumiputra yang diperuntukan untuk 27 sub-sektor perkhidmatan dan berharap akan diikuti dengan lain-lain sektor juga dimasa depan.


dollah yankee- kembang pungkok bila guan eng tanya "..mana you punya kawan itu yankee..?"

No comments:

Post a Comment