suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 16, 2009

Selepas semua pegawai-pegawai tertinggi bermesyuarat panjang lebar, bertekak, ada yang sampai tumbuk meja semalam, kasut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang telah di-tinggalkan si Fairus, telah di-biarkan tanpa pemakai baru.

Tepat jam 11.30 malam semalam kami telah mendapat berita bahawa tiada sesiapa pun yang telah di-pileh untuk menduduki tempat itu, biarpun telah di-war warkan bahawa si Malek Kasim adalah calon paling dekat untuk tempat itu. (si Malek ini juga lah orang yang di-katakan menjadi mastermind menjatuhkan si Fairus)

Akibat keputusan itu sehingga jam 3 pagi tadi, kekosongan yang di-biarkan itu telah menjadi banyak persoalan daripada jawapan.

Menurut informer kami lagi, dalam mesyuarat itu PKR telah beria-ria inginkan satu lagi pilihanraya kecil untuk DUN Penanti tetapi telah di-tentang hebat oleh DAP dan PAS. Alasan yang di-berikan oleh PKR ialah mood rakyat dan angin perubahan sedang memihak kepada Pakatan Rakyat pada masa sekarang, manakala PAS dan DAP pula telah memberi alasan bahawa banyak sangat pilihanraya kecil akan menyebabkan imej PR tidak berapa baik dan juga ramai yang dah letih dan bosan sebab sudah mengharungi lima pilihanraya kecil sejak pilihanraya umum.

Dalam mesyuarat itu Anwar di-katakan mempunyai tiga pilihan, dan telah memilih pilihan yang ketiga iaitu, mengharungi satu lagi pilihanraya kecil dengan calon pilihannya iaitu Prof Mansor yang merupakan bekas setiausaha politik beliau dulu yang akan di-lantik untuk menduduki tempat Timbalan Ketua menteri 1,Pulau Pinang selepas memenangi pilihanraya kecil itu.

Selepas mesyuarat yang berlanjutan panjang itu, di-katakan mereka telah mencapai keputusan untuk sekali lagi berperang, maka sah lah bahawa si Fairus akan di-cekik hidup-hidup kerana telah menyusahkan semua orang....


dollah yankee- dapat berita jam 10 pagi,tapi tak yakin dengan informer tu..

No comments:

Post a Comment