suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 03, 2009

Sayonara...!!!


Setelah menjadi perdana menteri Malaysia selama 5 setengah tahun yang sungguh menjemukan, membosankan dan menyakitkan hati ramai orang, Khamis kelmarin beliau telah melepaskan jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada timbalannya yang sekarang perlu membaiki keadaan ekonomi negara yang tinggal nyawa-nyawa ikan untuk ranap, perlu menyembuhkan juga penyakit yang telah menyebabkan meruncingnya permasaalahan kaum serta menghidupkan semula parti yang memerintah (umno/BN) yang hampir mati.

Abdullah Badawi telah menyerahkan surat perletakan jawatan tersebut kepada Sultan Mizan selaku DYMM SPB YDP Agung dan Ketua Negara, sebagai antara perjanjian peralihan kuasa yang terpaksa di-persetujui selepas di desak dan juga atas arahan UMNO yang merupakan parti utama didalam Barisan Nasional untuk menabalkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-6.

Tuanku Sultan Mizan telah menerima perletakan jawatan tersebut dan telah memperkenankan untuk Najib seorang ahli politik berpendidikan British untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pagi tadi.

Dengan tanda-tanda yang menunjukan berbagai masalah akan datang melanda sekiranya Najib menjadi perdana menteri, tiga parti pembangkang yang telah bergabung dibawah satu kerjasama telah menghantar satu surat rayuan yang ditanda tangani olih 82 ahli parlimen kepada DYMM SPB YDP Agung Tuanku Mizan memohon agar menangguhkan upacara angkat sumpah jawatan perdana menteri olih Najib dan melantik satu suruhanjaya bebas untuk meneliti tuduhan-tuduhan keatas beliau berkenaan dengan kes rasuah dan penglibatan beliau didalam pembunuhan Altantunya Sharibu seorang model dan penterjemah bahasa dari Monggolia.

Abdullah Badawi yang telah mengambilalih jawatan perdana menteri pada tahun 2003 daripada Tun Mahathir Mohammad yang terkenal dengan sikap ketegasan dan "my-way style" dan yang tidak pernah memberi peluang untuk terjadi sebarang masalah dan pertelingkahan selama beliau meneraju negara selama 22 tahun.

Sebaik sahaja memasuki pejabat Perdana Menteri,Abdullah yang dikenali sebagai "si-lembik" telah berjanji untuk membuat satu reformasi dalam sistem keadilan negara, didalam pasukan polis dan juga didalam perkhidmatan awam malaysia.

Pada pilihan raya umum 2008, BN telah mengalami kekalahan yang begitu teruk dalam masa 51 tahun berkuasa. BN juga telah gagal untuk mendapatkan dua per tiga majoriti dalam masa 40 tahun menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan 82 kerusi kepada pembangkang daripada 222 jumlah keseluruhan kerusi Ahli Parlimen.Kekalahan itu juga lah yang telah memecahbelahkan parti umno, sebuah parti utama didalam Barisan Nasional yang mana telah menyebabkan Abdullah dipaksa untuk ditolak keluar.

Agak gelihati jika dikatakan bahawa Abdullah telah meninggalkan satu legasi reformasi didalam sistem keadilan negara kita sepertimana yang digembar-gemburkanya,dia sememangnya mempunyai cita-cita untuk melakukan reformasi tersebut, tetapi tidaklah berupaya untuk melakukannya kerana kurang sokongan dari orang-orang sekelilingnya dan dia juga tidak juga mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi yang membolehkan dia mengawal semuanya.

Najib akan berhadapan masa-masa yang sangat mencabar dan sukar untuk membaikpulih masalah ekonomi negara kita dan juga lain-lain permasaalahan yang sedia ada dan yang akan datang.

Pihak pembangkang sehingga saat ini terus terusan menuduh beliau terlibat dengan rasuah berhubung pembelian kapal selam dari negara Peranchis ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan.Dia juga didakwa terlibat dengan pembunuhan Altantunya Sharibu, wanita Mongolia yang dikatakan telah dikongsi dan dikendurikan bersama-sama dengan rakan karibnya Abd Razak Baginda. Dan sehingga hari ini beliau tidak pernah membuat penafian tentang perkara ini.


dollah yankee- naik surrr tengok rosmah petang tadi

No comments:

Post a Comment