suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, April 02, 2009

Ramai dah mula berniaga...



Bilangan penjaja-penjaja kecil nampaknya telah bertambah dan meningkat sebanyak 30% pada masa ini ketika kegawatan ekonomi yang telah melanda dunia.

Menurut kata seorang kawan yang merupakan seorang pegawai persatuan peniaga dan penjaja semalam, ramai muka-muka baru yang telah melibatkan diri menjadi penjaja-penjaja kecil-kecilan termasuk mereka-mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan juga mereka-mereka yang terpaksa menambah pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga pada ketika masa-masa yang terhimpit ini.

Beberapa persatuan penjaja-penjaja kecil ketika dihubungi kelmarin juga berkata, peningkatan mendadak peniaga dan penjaja-penjaja ditepi-tepi jalan dan yang paling ketara ialah dipasar-pasar malam.

Setiap kali keadaan ekonomi mengalami kemelesetan ramai yang akan terjun dan melibatkan diri menjadi penjaja. Kegawatan ekonomi sekali ini juga tidak terkecuali, kata seorang pegawai persatuan penjaja-penjaja kecil yang tidak mahu namanya dikenali.

Ketika waktu-waktu yang terdesak ini dimana pekerjaan amat susah, ramai yang telah bertukar kerjaya dan menjadi 'towkey' atau 'bosss' sendiri.

Dia juga menambah, penjaja-penjaja baru ini dimana ramai yang berniaga secara haram atau berniaga tanpa lesen untuk sementara waktu, dan tidak dapat dinafikan menyebabkan persaingan bertambah dan mencabar.

Sementara itu pembuat-pembuat gerai-gerai ini lah yang sedang bergembira menikmati keuntungan akibat dari peningkatan tempahan daripada peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja baru ini dan kebanyakannya melibatkan diri didalam perniagaan makanan dan minuman.

dollah yankee- disini ada mamak jual bubur kacang, tapi boleh balik india tiga empat kali setahun.

No comments:

Post a Comment