suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, April 22, 2009

Polis lancar PERANG terhadap Mat Rempit.



Pihak berkuasa Polis telah melancarkan perang ke-atas Mat Rempit.Ketua Polis Negara Musa Hassan berkata,polis akan memperhebatkan gerakan menghapuskan kegiatan lumba haram dan memberhentikan kegiatan-kegiatan Mat Rempit ini di-seluruh negara termasuk kegiatan-kegiatan jenayah yang di-lakukan mereka.

Musa berkata,dia telah pun mengarahkan Ketua-Ketua Polis seluruh negeri untuk mengambil tindakan untuk menghapuskan kegiatan yang di-ibaratkan sebagai "penyakit kanser dalam masyarakat".

Polis telah merancang siri-siri serbuan,tangkapan dan strategi-strategi untuk menghalang kegiatan ini.Strategi berperingkat-peringkat yang di-lancarkan itu dengan Ketua-Ketua Polis negeri akan mengetuai gerakan perlaksanaan ini.

Musa menegaskan bahawa,kegiatan dan aktiviti 'gang' Mat Rempit ini telah menyebabkan gangguan kepada keselamatan awam dan meningkatnya kes-kes jenayah dan akan mempastikan polis menghukum mereka-mereka yang telah melanggar undang-undang.

Operasi-operasi polis tersebut telah mula di-jalankan di-Selangor dan sebahagian di-Kuala Lumpur dalam usaha untuk mencegah kegiatan dan aktiviti ini.

Operasi ini termasuklah mengadakan sekatan-sekatan jalan raya dan mensasarkan kepada penunggang-penunggang serta pembonceng motosikal terutama yang marayau-rayau dan berkeliaran dengan motosikal-motosikal mereka dalam bandaraya selepas tengah malam.

Ketika di-minta untuk komen berkenaan meningkatnya ancaman 'gang' Mat Rempit yang terlibat dalam kegiatan jenayah ragut,samun,mencederakan orang ramai terutama pengguna jalaraya yang lain serta,ada juga cubaan untuk mencederakan anggota polis, Musa berkata,itu adalah kegiatan Mat Rempit yang terlibat dalam lumba haram,namun penunggang-penunggang motosikal lain yang melakukan jenayah dengan motosikal tidak semestinya di-lakukan oleh Mat Rempit.

Walaupun begitu,Musa menambah,Mat Rempit adalah 'opportunist',mereka akan mengambil kesempatan jika bergerak dalam kumpulan yang besar dan ramai,di-mana mereka mungkin akan melakukan jenayah ragut jika ada peluang terbuka.

Namun orang awam tidak sepatutnya bersikap 'stereotype' apabila yang melakukan kegiatan jenayah seperti ini yang memakai topi keledar dan menunggang motosikal, itu adalah di-lakukan oleh Mat Rempit.

Ketua Polis Trafik Persekutuan Abd Aziz Yusuf berkata,sekatan-sekatan jalanraya di-buat pada setiap hari untuk menghentikan kegiatan lumba haram.Dia juga telah meminta kerjasama orang ramai untuk menghubungai polis jika ada kegiatan-kegiatan lumba haram dan juga memburu Mat Rempit.

Timbalan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Ng Fook Long berkata,selain daripada rondaan biasa,polis yang berpakaian preman juga telah di-arah meronda jalan-jalan untuk mengawal kegiatan lumba haram.

Ketua Polis Brickfield Wan Abdul Bari berkata,tindakan polis terhadap Mat Rempat ini akan terhalang oleh susahnya untuk mendapatkan arahan mahkamah untuk menahan Mat Rempit ini lebih daripada 24 jam.

Abdul Bari menambah, Mat-Mat Rempit agak sukar untuk di-kesan sebab,selepas di-bebaskan,mereka akan kembali berlumba di-jalanraya.


dollah yankee- sapa tak kenai Mat Cheh? sapa tak kenai Mat Kantana? sapa tak kenai Ah Kiet? sapa tak kenai anak-anak bulldog kuan? mereka inilah raja rempit tahun 1980 di-gurney drive,penang, yang sekarang dah kaya sebab gilakan motosikal.

No comments:

Post a Comment