suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 17, 2009

Mengarut !!



Orang ramai banyak yang menentang tentang rancangan pihak berkuasa polis yang sedang merancang untuk menjalankan operasi penggeledahan dari rumah ke rumah kerana hendak menghapuskan jenayah vcd cetak rompak, adalah sesuatu yang mengarut dan menggelikan hati.

"..sesuatu yang tidak munasabah, mengarut dan merupakan suatu khabar angin yang telah di-sebarkan oleh orang ramai.."

"..macammana kalau seseorang pengguna itu telah memuat turun filem-filem dan lagu-lagu untuk kegunaan persendirian dan menyimpannya, adakah itu juga salah? Pihak polis hendaklah menggunakan kebijaksaan pertimbangan mereka.." itu kata mak cik sebelah rumah aku(pencen pengetua maktab tahun 1979).

Dia kata lagi, rasanya polis pun masih banyak lagi benda-benda lain yang lebih mustahak dan penting yang nak di-uruskan daripada nak 'ambush' rumah orang nak cari 'vcd' cetak rompak.

"..polis dengan kementerian perdagangan dan hal ehwal pengguna sepatutnya pergi cari kepala-kepala, taiko-taiko besar yang terlibat dalam pengeluaran ini..". Aku mula rasa makcik ni dah naik angin satu badan.

Di-katakan juga Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub Yaakob berkata polis mungkin melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan melakukan sekatan jalan raya untuk mencari vcd cetak rompak atau video kerana langkah-langkah untuk membenteras kegiatan lanun cetak rompak sebelum ini nampaknya tidak berkesan.

Persatuan pengguna pulau pinang (CAP) berkata,pembenterasan kegiatan vcd cetak rompak ini sepatutnya bermula daripada sumber itu sendiri dan bukannya pengguna yang merupakan 'end user'.

Kalau pun pihak polis hendak menangkap pengguna,peniaga-peniaga yang terlibat didalam industri haram ini pula masih punya banyak banyak cara untuk memasarkannya dipasaran, kata naib presiden CAP Mohiden Abdul kader.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia(suaram) pulau pinang Lau Shu Shi pula berkata, pihak polis memerlukan waran daripada mahkamah untuk memasuki premis kediaman untuk mencari barangan cetak rompak itu.Tanpa maklumat yang benar-benar lengkap dan betul polis tidak boleh suka-suka hati masuk kerumah orang atau mengendap pada kereta-kereta awam pada sekatan-sekatan jalan raya.

Lau menambah, polis harus memberitahu individu apa yang ingin mereka cari sebelum memasuki rumah atau memeriksa kenderaan.


dollah yankee- awat lah yang teruk sangat ni..?

No comments:

Post a Comment