suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, April 07, 2009

Mahathir buang..Dollah ambil..Dollah buang..Najib pula ambil..



Gurkha politik telah membawa satu berita berkenaan dengan barisan bayangan kabinet si-Najib yang bakal diumumkan nanti.

Ong Kah Chuan,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah tewas pada pemilihan MCA yang baru lalu kemungkinan besar akan tetap dikekalkan, dan bekas menteri Sains Teknologi dan Inovasi Jamaludin Jarjis atau JJ dijangka dilantik sebagai Menteri Kewangan kedua menggantikan Nor Yaakob.

Gurkha itu menyebut Ong kah Chuan yang tewas dalam jawatan nombor 2 pemilihan MCA tahun lepas bakal dikekalkan.

Manakala Jamaludin Jarjis yang menang pada pemilihan umno minggu lepas dikhabarkan akan menggantikan Nor Yaakob sebagai Menteri Kewangan kedua yang telah dipegang sejak tahun 2003.

Gurkha itu juga menambah, Nor Yaakob pada ketika ini sedang mengemaskan barang-barangnya dan bersedia untuk mengosongkan pejabatnya di Kementerian Kewangan sebelum 11 April. Sudah pun heboh di Kementerian Kewangan bahawa JJ akan membuat "come-back" untuk menggantikan Nor Yaakob.

Menurut gurkha itu lagi JJ telah membuat kunjungan ke Kementerian Kewangan jumaat lepas, dan itu lah yang menguatkan cerita-cerita bahawa tempat Nor Yaakob akan di ganti olih JJ.

Bagaimanapun seorang lagi gurkha dari umno bahagian Tasek Gelugor yang merupakan gurkha untuk Noor Yaakob di Pulau Pinang ketika dihubungi hanya mengeluh panjang dan seolah-olah cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan menukar topik perbualan.(mungkin apa yang dijanjikan selepas menang ketua bahagian tasek gelugor belum tertunai)

Gurkha yang sama juga berkata, Menteri Pembanggunan Keluarga dan Masyarakat Ng Yen Yen akan masih tetap akan dibarisi biarpun ada spekulasi lain mengatakan dia akan tergugur.Potfolio beliau sekarang akan dikembalikan kepada umno dan Ng Yen Yen kemungkinan akan ditukarkan ke Kementerian pelancongan atau Kementerian Perpaduan dan Kebudayaan Warisan.

dollah yankee- kalau letak JJ dekat Finance Ministry.. alamatnya..

No comments:

Post a Comment