suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, April 15, 2009

Line Clear !! dan Semua Ok !!




Oleh sebab UMNO/BN pada ketika ini sedang menghadapi konflik dalaman sesama mereka, sedang bercakaran dengan macam-macam permasaalahan baru dalam usaha untuk merampok harta dan wang rakyat, maka Pakatan Rakyat telah mengambil satu langkah bijak dengan tidak mahu sama-sama seperti mereka menunjukan yang Pakatan Rakyat juga menghadapi masalah dalaman.

Ketika semua mata dan telinga sedang memfokus kearah UMNO/BN, kearah barisan kabinet yang baru di-lantik, kearah Najib,kearah Rosmah Mansor, Pakatan Rakyat pula telah mengambil langkah bijak dengan menyelesaikan dua masalahnya yang di Bukit Lanjan dan satu lagi di-Penanti.

Elizabeth Wong yang cutinya tamat hari ini, tetap kekal sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan setelah para strategisnya berhempas pulas berhujah sesama mereka, manakala Mohd Fairus Khairudin pula tetap akan ditempatnya sebagai ADUN Penanti selepas dia melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1,dan EXCO Keajaan Negeri Pulau Pinang berikutan yang dia sedang di-siasat oleh SPRM.

Dan ketika sedang pekena nasi kandar Imigresen bersebelahan dengan Dewan Undangan Negeri, sudah jumpa pula sahabat lama yang bekerja di-situ, apa lagi? korek..korek..korek sama dia apa cerita terbaru dan telah mendapat khabar bahawa tiada tanda-tanda yang Mohd Fairus tidak akan tidak hadir pada sesi persidangan mesyuarat pertama penggal kedua itu yang akan bermula Isnin nanti. Ini kerana kedudukan kerusi Mohd Fairus telah di-ubah dan dia akan duduk sebaris dengan ahli-ahli backbenchers yang lain. Sebelum ini pun dia ada juga ushar-ushar samada Mohd Fairus ada menghantar borang cuti untuk tidak hadir pada persidangan itu nanti tetapi tak pula jumpa, tidaklah di-ketahui kalau-kalau last minit before sitting borang cuti tu sampai sebab Mohd Fairus masih boleh berbuat dimikian biarpun lagi lima minit sebelum dewan bersidang.

Menurut sahabat itu lagi, undang-undang ada menyatakan bahawa jika ada Ahli Dewan yang gagal untuk menghadirkan diri walaupun sekali dalam tempoh enam bulan bermakna dia akan disingkirkan dari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri. Dan dalam keadaan ini sahabat ini tidak yakin yang Mohd Fairus sanggup di-singkirkan dalam keadaan itu.

Dan kalau mahu tengok Mohd Fairus ada atau tidak, anda boleh melihatnya sendiri Isnin nanti melalui siaran langsung web di: www.vttv.dunpenang.


dollah yankee- sayang budak fairus ni,ada bakat,ada tokoh tapi tak boleh lama

No comments:

Post a Comment