suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 10, 2009

Kutbah Jumaat

Bolehkah kita menjawab beberapa pertanyaan dibawah dengan jujur tanpa mencemik mulut kepada yang bertanya?

Mengapa bila kita memberi bantuan dengan pengisytiharan yang hebat sedangkan kita tidak ada sumber peruntukan? Mengapa kita memakai tali leher dan kot sesudah kita berada ditempat teratas,sedangkan 10 tahun dulu kita hanya memakai kemeja batik terengganu yang berharga RM 25? Mengapa kita tinggal didalam pejabat berhawa dingin yang kesejukannya melebihi 15 darjah Celcius sedangkan dahulu kita hanya seorang posmen? Tukang panjat tiang TNB, seorang pembaca meter Pihak Berkuasa Air yang kadang-kadang terpaksa lari lintang pukang bila dikejar anjing liar, seorang yang bertugas sebagai penjaga lalu lintas landasan KTM dan pembuka 'gate' keretapi? Mengapa kita menggunakan Camry,Mercedes sedangkan dahulu kita boleh mengguna Toyota Crown,Datsun 120Y,Ford Escort yang tidak ada 'air-cond' pun? Mengapa kita mesti tinggal di rumah kediaman rasmi dengan sewaan bulanan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan,sedangkan rumah teres 2 tingkat mampu menyelesakan?

Mengapa kita mesti berbelanja untuk jamuan RM 100 satu kepala,sedangkan kita boleh makan bersama-sama didalam satu hidang yang berharga RM 30? Mengapa kita mesti berbunga api dihari meraikan sambutan ulangtahun,sedangkan lilin boleh menyegarkan mata? Mengapa kita mesti mengangguk-angguk di hadapan anu-anu,datuk-datuk,tan sri-tan sri dan yang maha mulia,sedangkan saudara dan nilai ketakwaan tidak pernah diguna pakai?

Mengapakah kita mesti berjalan diatas karpet,sedangkan tikar mengkuang tikar tradisi kita? Mengapa kita mesti terbang dengan penerbangan sewa khas,dengan jet-jet peribadi yang dipinjam,sedangkan penerbangan lelas ekonomi bersama rakyat ada sepuluh trip sehari? Mengapa kita mesti bercermin gelap kereta mewah,sedangkan rakyat teringin sangat hendak melihat siapa di dalamnya?

Mengapa kita mesti sembelih lembu kerbau apabila ada upacara rasmi,sedangkan dihujung kampong sana ada rakyat yang makan ikan tamban kering,pucuk ubi rebus dengan sambal belacan setiap hari?

Mengapa kita mesti mengadakan persembahan konsert dalam upacara perasmian,sedangkan kita ada anak-anak yang mencari makan dengan irama-irama muzik ghazal dan hadrah? Mengapa kita tidak jumlah belanja daripada jumlah pendapatan?

Apakah pertanyaan-pertanyaan diatas merupakan satu petanyaan berbaur cemburu dan busuk hati?
Apakah pertanyaan-pertanyaan diatas jawapan yang sepatutnya dijawab ialah sebegini:-

Apa kamu peduli itu hak kami !! Ini duit kami !!

Tetapi ada persoalan lain.Memang ya dan kamu boleh buat apa saja kerana itu hak kamu,kalaulah benar itu hak kamu!! Tetapi bagaimana kamu boleh lakukan pemborosan dan penyelewengan sedangkan itu hak orang lain,atau dengan erti kata yang lain, itu adalah hak rakyat !! Memang benar kamu boleh melakukannya seperti kata pepatah 'easy as 123' kerana kamu ada kuasa, tetapi di mana nilai kemusiaan,keperihatinan,nilai tanggung jawab dan amanah untuk rakyat yang kamu galas?

Ular yang menyusur akar tentu tidak akan hilang bisanya,kuasa dan pangkat yang diterima datangnya bersama tanggungjawab yang bukan hanya berakhir di dunia ini bahkan akan dipersoalkan di kemudian hari.

Apakah dengan merendah diri dan bersifat mengutamakan orang lain yang lebih memerlukan daripada diri sendiri akan menyebabkan kita hilang penghormatan dan kuasa yang ada?

Semua orang wajib untuk membuat jasa kepada sesama manusia dan tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri.Oleh itu kewajipan untk berbuat jasa bukanlah terbatas kepada hanya sesuatu golongan tertentu sahaja?

Apakah kita tergamak membiarkan insan-insan kerdil ada yang diluar sana bertungkus lumus mencari makan membantu keluarganya yang kesempitan dihimpit tekanan ekonomi, malah ada yang tidak pun pernah merasa bihun sup sehingga apabila ditanya apakah yang ingin dimakan,ada insan yang begitu teringin untuk merasai bihun sup sedangkan kita berbangga dengan sembilan hadangan makanan.

Benarlah seperti kata bijak pandai,zaman telah berubah tetapi sifat manusia akhir zaman tidak pernah berubah,tidak pernah puas dengan apa yang ada sehinggalah mereka dijemput oleh ilahi ke alam fana ...


dollah yankee- hari ini jumaat di mesjid at-taqwa taman tun,gelugor

No comments:

Post a Comment