suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 13, 2009

Hari Rabu




Puak-puak umno, keseluruhan penyokong Pakatan Rakyat, pemerhati politik, penganalisis politik dan peminat-peminat politik tanah air, kini sedang menunggu detik yang penuh suspen yang akan terjadi pada hari rabu ini.

Pertama, pada hari rabu ini Datuk Seri Anwar ibrahim akan mengumumkan nama orang yang paling layak untuk menyarung kasut Timbalan Ketua Menteri 1,Pulau Pinang, yang telah di-tinggalkan oleh Mohd Fairus Khairudin.

Biarpun Ketua Menteri Lim Guan Eng mempunyai kuasa mutlak untuk menamakan siapa saja yang dirasakan sesuai untuk menggantikan Mohd Fairus dan membantu beliau didalam mentadbir kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, namun atas semangat kerjasama yang telah dijalin antara DAP,PAS dan PKR, beliau memberi kuasa mutlak kepada Anwar selaku ketua pembangkang untuk menamakan calon yang sesuai dan yang layak untuk menggantikan Mohd Fairus.

Kedua, pada hari rabu ini juga, kedudukan Ahli DUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akan diketahui setelah beliau menamatkan cuti panjang yang telah diberikan kepada beliau ekoran insiden gambar-gambar beliau yang sedang tidur, telah disebar, dan dikhabarkan akan menyusul lagi gambar-gambar lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan busuk hati terhadap kemajuan barisan Pakatan Rakyat yang telah memerintah negeri selangor dengan jayanya.

Dan ketika bersarapan pagi dengan seorang sahabat yang tugasnya meramal keadaan cuaca, juga telah membuat ramalan bahawa 95% persidangan akhbar hari rabu itu nanti juga akan berlaku kejutan besar.

Memandangkan senario politik dan mood rakyat pada hari ini, apakah kemungkinan Anwar akan membuat pengumuman bahawa kedua-dua kerusi tersebut akan di-kosongkan dan akan berlaku lagi pilihanraya kecil di satu lagi bukit dan penanti?


dollah yankee- gerak hati kuat mengatakan 'by-election' akan berlaku...

No comments:

Post a Comment