suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 20, 2009

Bagus ... MCA !!



AKU NAK ucapkan tahniah kepada MCA, diatas proposal mereka dalam menjaga hak dan kebajikan rakyat Malaysia amnya, dimana telah mereka telah menyarankan kepada pihak pemerintah iaitu Kerajaan Barisan Nasional agar membeli kepentingan Syarikat PLUS (Lebuh Raya Utara Selatan) dan dijadikan bebas tol.

Membayar tol ketika menggunakan lebuh raya adalah satu beban kepada rakyat, biarpun diakui dan tidak dapat dinafikan sama sekali bahawa dengan membayar tol, kita akan dapat menikmati perjalanan yang lancar dan selamat.

Bagaimanapun, aku ingin menggesa MCA dan lain-lain parti juga, perlu menggesa dan meyakinkan kerajaan agar dapat mengambil alih Syarikat PLUS dan semua syarikat konsesi lebuhraya walau apa cara sekali pun dan jadikan ianya lebuhraya-lebuhraya di Malaysia sebagai laluan bebas tol, atau erti kata lain 'toll free'. (Kalau Najib tanya apa rakyat mahu..? ini salah satu)

MCA telah berjaya memulakan langkah pertama dalam isu tol ini. Dan MCA perlu meneruskan langkah proposal ini dengan desakan yang lebih sikit lagi, dan kalau langkah ini berjaya, aku pasti MCA akan mendapat sokongan yang lebih baik daripada rakyat.

Dengan proposal keatas lebuh raya ini, rakyat juga mahu MCA menebus dosa-dosa dan kesalahan mereka dengan mendesak kerajaan dan Tenaga Nasional dengan apa juga cara untuk mengkaji semula perjanjian dengan pihak IPP (Independent Power Produser) yang telah dilihat sebagai perjanjian yang berat sebelah dan lebih menguntungkan dan memihak kepada pengeluar tenaga bebas ini diatas tanggongan rakyat. Rakyat juga mahu penggunaan tenaga elektrik percuma.

Dan jika ditambah dengan tuntutan inginkan perubatan percuma di hospital-hospital milik kerajaan, aku rasa terlalu banyak kot? Tak mengapa, it's ok, we go with PLUS first, then we will follow with others.

Aku teringat satu kes di-hospital.."..okey makcik, 22 hb makcik datang bawa sekali duit RM1,200 lepas tu kita boleh buat operation,kalau tak bawa duit,tak boleh buat makcik!!.."


dollah yankee- nampak macam MCA saja yang mampu buat kerja-kerja macam ni.. nak harap umno?

No comments:

Post a Comment