suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, April 06, 2009

Babak 2: SPRM dan Azalina Othman Said




Sepanjang dua tiga hari ni SPRM asyik terkentut-kentut sebab diserang angin satu badan.Mana tak terkentut angin banyak sangat bila Azalina mengatakan SPRM sangat lembab dalam siasatan terhadapnya dan sengaja melewat-lewatkan siasatan tersebut.

Azalina cakap pandai laa sekarang.. sebab dia rasa dia selamat bila di khabarkan dia telah berjaya menyiatkan dan memusnahkan beberapa fail dan dokumen penting yang boleh buat dia hangat pungkok.

Pengarah bahagian siasatan SPRM,Datuk Shukri Abdul menafikan kenyataan Azalina dengan mengatakan SPRM tidak pernah cuba melewat-lewatkan siasatan, sebaliknya SPRM menjalankan siasatan dengan penuh profesional dan perlu mengikut beberapa prosedur yang ditetapkan.

Ia lah.. tak kata tu nak kata apa lagi..? Profesional apa..tak ada 'clue' yang sebetulnya.

Datuk Shukri menambah "..siasatan kita belum pun sampai satu bulan, takkanlah dalam tempuh itu dah kata kita lembab, kita slow, kita main-main.."

Betul lah tuu... tak sampai satu bulan, Najib pun belum set-up kabinet, jadi tak tentu lagi masih boleh lekat atau nak kena bagi salam lepas tu naik turun court, bila didapati bersalah,jawatan ketua bahagian pun ditarik...menangis tak berlagu laa..

Azalina yang disiasat berhubung dengan rasuah politik dan penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan projek kementerian beliau, mendakwa SPRM dilihat seperti cuba mendiamkan diri, selain itu dia meminta agar siasatan tersebut digugurkan jika tiada bukti kukuh yang boleh disabitkan keatasnya.

Memang itu laa yang ditunggu-tunggu Azalina..kalau gugur..selamattttttt

Pada 12 Mac lepas dilapurkan SPRM telah mengambil atau merampas beberapa fail dan dokumen dan menyoal siasat beberapa pegawai kementerian bagi membantu dan melicinkan siasatan berhubung dengan kes yang sedang disiasat itu.

Memang lah dah rampas beberapa fail dan dokumen..tetapi fail dan dokumen yang entah apa-apa, dokumen dan fail yang berkaitan dah pun hancur,mana nak ada... siasat beberapa pegawai okey laa..,tetapi jangan pula siasat driver,opis boy,sekuriti guard buat apa..

No comments:

Post a Comment