suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, April 17, 2009

Ahmad Said dapat 'warning letter' , Fairus kena 'sack'




Di Terengganu sekarang ada dua umno, satu di-pimpin Mat Said dan satu lagi oleh Idris Jusuh. Kedua-duanya telah mendapat 'warning letter' dari bossnya Najib, dan antara kandungannya ialah, kedua-dua orang ini telah di-arah untuk mengenepikan ketidak sehaluan mereka dan bekerjasama bagi menggiatkan ekonomi negeri Terengganu.

Ahmad Said kini telah di-beri masa selama satu bulan dan Najib mahu melihat hasilnya sebelum beliau membuat penilaian semula dengan keadaan di Terengganu itu. Najib juga tidak akan bertolak ansur lagi dengan keadaan 'gila-gila' dan permainan-permainan nakal di-antara mereka berdua.

Najib juga memberi amaran yang dia akan bertindak keras terhadap mereka berdua dan 'zero tolerance' sekiranya masih lagi bersikap nakal.

Jika di-bandingkan antara mereka berdua, Mat said bukanlah seorang pengurus yang baik, di-mana dia telah banyak merenggangkan dirinya dengan ADUN-ADUN lain kerana cara perhubungan awam nya atau cakap-cakapnya selalu berbunyi menghina.

Bagaimanapun tiada maklumat tentang Idris Jusuh,sama ada dia masih mampu menggugat Mat Said untuk mengambil semula jawatan yang di-rampas setelah Tuanku Sultan tidak memperkenan Idris Jusuh menjadi MB selepas PRU 12 lalu.

__________________________________________________________

Manakala Mohd Fairus Khairudin yang telah bersembunyi selepas isunya dengan SPRM dan selepas menyerahkan surat perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri-1,Pulau Pinang, kini bersembunyi lagi di-mana dia tidak langsung dapat di-hubungi selepas menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ADUN Penanti kelmarin.

Melihat kepada salinan surat perletakan jawatan beliau, Fairus berkata perletakan jawatannya adalah kerana ingin menjaga kepentingan parti PKR. Di-dalam surat itu juga dia menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran, ingin menghabiskan masa-masa berharga bersama keluarga dan juga ingin membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang sedang di-hadapinya.

Anwar Ibrahim juga telah pernah membuat teguran terhadap Fairus berikutan aduan-aduan yang di-terima yang Fairus jarang-jarang turun ke-bawah di-akar umbi untuk melihat permasalahan pengundi-pengundi di DUN Penanti. Fairus juga terlibat dengan perbalahan yang kontrovosi semasa dia menerajui Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), jawatan yang telah di-kosongkannya selepas gagal menyelesaikan masalah dalaman persatuan.

Ada juga cakap-cakap mengatakan sebagai Pengerusi InvestPenang Berhad, dia tidak pernah sekali pun muncul pada sebarang sebarang mesyuarat, dan kredibiliti serta prestasinya sebagai Pengarah dalam Perbadanan Pembanggunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sering di-persoalkan, dan awal tahun ini jawatannya sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam,Pulau Pinang telah di-gugurkan.

Kejatuhannya dalam politik telah di-percepatkan lagi selepas dia telah di-siasat oleh SPRM berikutan pembabitannya dalam operasi sebuah syarikat kuari di-dalam kawasan pengundian jagaannya.

Penanti adalah sebuah daerah kecil bersama dengan Seberang Jaya dan Permatang Pasir berada di-bawah Parlimen Permatang Pauh yang di-terajui oleh Anwar Ibrahim, mempunyai seramai 15,380 pengundi berdaftar. Fairus telah memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti 2,219 setelah memperolehi 7,346 undi daripada 5,127 undi yang di-perolehi Jalil Majid daripada BN.

dollah yankee- sayang si fairus ni, ada bakat,ada ilmu, ada tokoh jadi pemimpin, tetapi telah di-kacip rakan sendiri. mana boleh nak jaga kawasan kalau tak ada fulus al mahfuz !

No comments:

Post a Comment