Sunday, February 19, 2012

Lembu NFC: Siapa pula yang dapat tender bagi lembu makan??!


Patut pun mami Sharizat ni tak heran, tak takut dengan kes lembu NFC. Sebabnya, dapat dirumuskan yang ada lagi tiga empat orang yang terlibat dengan lembu-lembu NFC ini.

Dalam tiga empat orang tu, ada pula sorang yang telah dapat tender untuk membekalkan makanan lembu-lembu ini yang di impot dari Auatralia.

Mari kita sama-sama teka siapa orang itu? Terkejut juga gurkah-gurkah politik di'port' bila dapat tahu siapa orang yang telah dapat tender pembekalan makanan intuk lembu-lembu NFC itu.

Memandangkan gurkah-gurkah di'port' ini semuanya tak ada 'telor', jadi tak beranilah mereka nak bagitahu dekat semua orang siapa yang dah dapat tender itu. Biar lah orang lain yang ada telor buat kerja tu.


dollah yankee -
Patut pun mami Ijat nak londeh kain, kain siapa pun tak tau lahhhh ...

Saturday, February 18, 2012

Sesuatu telah terjadi di PWTC ??!

Kalau nak ikut program politik di Penang pada hari ini memang sibuk sekali.
Anwar Ibrahim pada pagi hari ini telah berada di Hotel Gurney Resort, Gurney Drive sampai pukul 2 petang lebih kurang.

Petang pukul 4 petang pula di Berjaya Hotel, Jalan Burma debat terbuka 'sistem dua parti' antara Lim Guan Eng dengan Chua Soi Lek.

Manakala tim yang sebelah sana pula akan sibuk dengan Mahyuddin Yassin @ Mat Sembab yang ada datang nak me'mohong' orang-orang di Balik Pulau pada lebih kurang pukul 2.

Tetapi ...DIMANA MADEY HARI INI? (diambil dari:  http://tukartiub.blogspot.com) dan apa pula program dia??


...hari ini madey berjumpa di pwtc
dengans semua ketua bahagian gerombolan
kah kah kah
apa jadi negan presiden gerombolan?
kah kah kah

DIMANA NAJIB HARI INI?

di pasir salak
di canhkat lada
bersama siti
nak badca sajak macm pian habib
lepas itu nak beli ikan raja
kah kah kah


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..Madey pun sama-sama kalut..

Lawak hujung minggu

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
habis lah PAS, habis lah PKR, habis lah DAP, semua orang-orang muda dah lari kepada BN/umno

Friday, February 17, 2012

Rakyat lah!! bukannya Amerika & Israel!

Bila gurkah-gurkah politik di'port' sudah baca kenyataan dari Tun Mahahthir yang berbunyi macam ni..

"On another matter,Mahathir claimed Prime Minister Datuk seri Najib Abdul Razak could be a target for a regime change perpetrated by the United States and Israel who want parliamentary opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to take power. Urging Najib to be cautious,Mahathir claimed both countries want to see Anwar in power."

gurkah-gurkah merumuskan yang Tun Mahathir memang jahat. Tun Mahathir cuba meng'saiko'kan kepala otak orang-orang yang lemah dan pendek akal dengan kenyataanya ini.

Dan bila gurkah-gurkah ini ada berjumpa dengan kumpulan-kumpulan orang-orang yang pendek dan lemah fikiran ini, dan daripada sembang-sembang dengan mereka tentang politik, dapat dilihat yang taktik dari Tun ini memang telah berjaya mempengaruhi kepala otak orang-orang dalam kumpulan ini.

Gurkah-gurkah ini nak 'habaq' dekat Tun..sudah sudah lah tu Tun. Tak dapat nak dinafikan yang Tun memang telah banyak berjasa dengan kemajuan yang di bawa selama 22 tahun berkuasa, tetapi perlu diingat yang Tun juga telah banyak merosakan perkara, tapi banyak orang yang tak tau.

Rasanya Tun pun tahu dan dapat maklumat yang tepat bahawa kerajaan Malaysia ini akan bertukar tangan pada PRU-13 nanti. Dan akibat dari itu lah kerajaan ini akan bertukar dan bukan nya disebabkan perancangan Amerika dengan Israel, tetapi sebab rakyat semua dah meluat, dah fed-up, dah bengang. Rakyat lah yang telah membuat keputusan untuk menukar kerajaan ini,bukan nya Amerika dan Israel. Rakyat-rakyat ini juga yang mahu mencuba Anwar untuk menerajui kerajaan, bukan nya Amerika dan Israel kerana rakyat percaya yang Anwar juga seorang yang hebat dan bukan koman, dan percaya Anwar boleh menyelamatkan Malaysia.


dollah yankee -
Hasan Ali, dimana-mana dia pergi berceramah dan pada kalam akhir ceramah dia akan kata..
"PRU nanti minta tolong jangan undi Pakatan Rakyat. Boleh?.. Boleh ke tidak?".
Kah..Kah..Kah..
Bukan kah itu isyarat jelas yang kerajaan akan bertukar tangan?

Sunday, February 12, 2012

Ini pun ada sangkut dengan lembu juga.(Telah di'Lembu'kan)

Kini sudah banyak orang berani melondeh kepincangan-kepincangan Tun Mahahthir semasa dia berkuasa. BACA DI-SINI
Itu lah...bila seseorang itu sudah tidak ada lagi kuasa, siapa pun dah tak takut. Macam bekas Ketua Hakim Tun Dzaiddin ini yang telah melondehkan bagaimana sistem dan badan kehakiman negara kita sebenarnya telah di-lembukan oleh Tun Mahathir.

Bila sudah baca kenyataan Tun Dzaiddin ini, gurkah-gurkah politik di'port' tetap dengan kepercayaan mereka bahawa undang-undang di Malaysia ini sebenarnya ada 2 buku. 1 buku untuk orang-orang besar macam mereka, dan 1 lagi buku undang-undang untuk orang-orang kecil macam kita.

Puncanya terjadi 2 buku undang-undang ini adalah dikatakan telah dicipta dan diubah oleh Tun Mahahthir semasa dia berkuasa dahulu. 

Dan kini, sedikit demi sedikit sudah ada orang yang berani bangun melawan dan menentang dan melondehkan perkara ini. Akibat dari itu, kehormatan terhadap Tun Mahahthir pun sudah mula terhakis sedikit demi sedikit.

Pada hari ini ramai rakyat sudah mula percaya yang semasa  23 tahun Tun Mahathir berkuasa, dia telah melakukan banyak keburukan dari kebaikan. Oleh itu rakyat dan orang kecil macam gurkah-gurkah politik di'port' berhak untuk tahu apa lagi benda yang dia dan mereka telah buat terhadap sistem dan badan kehakiman ini sehingga sistem ini sekarang di lihat dimata rakyat dan orang-orang kecil ini sangat busuk.

Dan mereka masih lagi sifat mereka yang bermati-matian menafikanya yang Malaysia ini ada 2 buku undang-undang dan sistem ini tidak busuk.

Gurkah-gurkah ini juga percaya yang bukan saja buku undang-undang ada 2 buah, tetapi juga termasuk lah buku ekonomi, buku-buku tentang dasar-dasar, buku-buku tentang keewangan, buku-buku pelajaran.

Buku-buku tentang tender-tender projek kerajaan pula tak payah cerita lah, silap haribulan bukannya ada 2 buah tetapi ada 200 buah!. Kah..Kah..Kah..

Pendek kata semuanya ada 2 buah. Di ulangi ada 2 buah buku undang-undang, 1 untuk untuk orang-orang besar dan 1 lagi untuk orang-orang kecil. Sehinggakan ada rakyat dan orang-orang kecil ini telah berani bersuara dengan berkata sistem dan kehakiman di negara kita tidak akan berubah selagi BN berkuasa.

Biar lah orang-orang ini macam Tun Mohd Dzaidin Abdullah ini belajar melalui kesilapan mereka dulu, kerana dulu mereka juga sama-sama bersekongkol membusukan sistem ini, tetapi kini mereka telah  mendapat hidayah dan dah mula sedar, dan harapan orang-orang kecil ini ialah semoga mereka (orang-orang macam Tun Dzaidin) ini akan sama-sama membantu untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik.

dollah yankee -
Lepas tu Tun kata kalau Anwar jadi PM, Anwar akan ubah undang-undang. Cekap dan bijak sekali Tun Mahathir ini.

Saturday, February 11, 2012

Guan Eng! Apa lu sudah bikin dekat islam di-Penang haa??!

Guan Eng..Guan Eng.. apa lu sudah bikin dekat islam di-Penang haa??!
*pergi ke-sini- LU BETUL KURANG AJAR LAA
itu pasal laa ramai sangat orang-orang melayu yang berugama islam di-Penang sudah bengang sama lu. Itu pasal laa itu Ghani Jiman a.k.a 'un-crowned demo king' selalu kacau sama lu,sebab lu kurang ajar sama islam! Gurkah-gurkah politik di'port' juga baru tahu perkara ini...sudah lama lu bikin ini kerja ka??!!

dollah yankee -
Hanya Johari yang mengenal Manickam

Friday, February 10, 2012

Rasa macam nak hayun 'driver' kat kepala Zahrin Hashim

Ingatkan Zahrin Hashim, MP Bayan Baru sorang saja yang marah sangat dekat Lim Guan Eng sebab tak dapat tender mentadbir dan mengurus Bukit Jambul Golf & Country Club sampai sanggup lompat parti. Tapi gurkah-gurkah politik di'port' juga hangat hati dan cukup marah dekat pihak pengurusan dan pentadbir BJCC kerana sudah naikan sewa harga buggy dari RM22 ke RM 37 untuk 9 lubang pertama sahaja yang bermula sejak dua minggu lepas.

Kemudian mereka keluarkan pula arahan yang sesiapa yang nak main golf di 'course' itu sekarang sudah tidak dibenarkan lagi berjalan tetapi mesti menyewa 'buggy'.

Kepala Butuh punya jepun ! (Dato' Eiro Sakamoto,MD BJCC), lu tak ada fikir? lu tak ada bikin 'home-work' ka? Itu 'course di'design' untuk para 'golfers' berjalan sambil ber'excercise'  disepanjang 'course' , dan penggunaan 'buggy' tidak digalakan kecuali 'golfers' yang dah tua nak mamposss, yang dah tak larat nak berjalan.

Mogok dan demonstrasi tanda tidak puas hati terhadap sesuatu perkara kini sudah jadi budaya kita. Penyakit ini juga sudah mula berjangkit kepada gurkah-gurkah politik di'port' dimana mereka (bukan ahli tetapi 'guest member' yang nak main, akan bayar 'green fees')bersama-sama dengan lebih kurang 100 orang ahli berdaftar kelab tersebut telah berdemo dan tunjuk perasaan kira-kira 2 jam kerana tidak puas hati dengan larangan pentadbiran baru kelab tersebut yang melarang 'golfers' berjalan dan menggunakan  kedi, sehingga mengakibatkan insiden yang kedua-dua pihak terpaksa melaporkan nya kepada polis.


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. rasa macam nak hayun 'driver' kat kepala Zahrin !

Wednesday, February 08, 2012

Kah..Kah..Kah..nasib baik ada internet !

Kah..Kah..Kah.. nasib baik ada internet.. pada yang tak ada internet di rumah, memang di kencing habisss!.. jadi kadang-kadang ada kebenaran dari blogger Tukar Tiub yang kita patut ucap terima kasih kepada Ronald Reagan...sebabnya kalau tidak sampai kita mamposss kita akan di-kencing...

Bro TT, Ini lagi satu kisah luar topik yg wajar didedahkan... Kelmarin (Sabtu-4hb Feb 2012) Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab ada datang ke-Taman Medan...betul punya gila pimpinan Umno turun PJS dlm tempoh seminggu jer.... Dalam laporan media, kata ramai yang datang  ke-majlis bersama rakyat @ bersama Mat Sembab di tapak pasar malam Taman Medan Baru..ini semua sebenarnya KENCING belaka! Pasar Malam Taman Medan Baru ada pada tiap-tiap hari Rabu & Sabtu...kalau tak hujan, MasyaAllah punya ramai,padat, sesak....begitulah juga pada hari Muhyiddin @ Mat Sembab datang tu, hari aktiviti pasar malam... memang itu kebiasaan rakyat dan penduduk di kawasan Taman Medan, Taman Dato Harun, Taman Maju Jaya yang sememangnya cukup padat dgn manusia ini akan datang ke pasar malam sini....BUKANnya DATANG sebab nak tengok Mat Sembab pun... lebih menarik, cerita dari bapak mertua aku ramai ketua2 cawangan umno di Taman Medan ini tak dipanggil dan tak diberitahu untuk program besar hi-class ni... kakakakkaa...dah ramai yg bergaduh sesama sendiri...paling best kawasan ni dah ada 4 kelompok puak umno: 1. puak bekas calon penggal 1999-2004 2. puak bekas calon penggal 2004-2008 3. puak yang pro pada Penyelaras Dun Taman Medan, Raja Hanipuddin Raja Nong Chik (berapa ramai dah yang pakai nama nong chik ni daaa?) 4. puak bekas Kapten (ex Ketua Bahagian Umno PJS) yg dah pun join PAS. Puak2 ni sesama sendiri sedar dan tau umno tak boleh menang kat Taman Medan next PRU..tapi masih berperang nak jadi calon...yang paling best lagi tu kedatangan Mat Sembab ini bukan saja kerana soal PRU-13, tapi juga sebab pemilihan umno hujung tahun ni....kiranya sabtu hari itu tu datang nak menghulur laa kot.... hancus dan mamposss dah umno kat Taman Medan ni! ***minah2 indon Western Digital pun yg berlambak2 datang kat pasar malam tu...macam2 bentuk ada...kakakkakakakkakaka
By Anonymous on MAMPOOSLAAAAH MCA on 2/5/12

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
yang kena kencing ialah orang yang tengok berita di-TV..

Tuesday, February 07, 2012

Minta ! jangan tak minta !

Siapa lah gurkah politik yang menyalurkan apa-apa juga maklumat tentang politik tanah air kepada Tun Mahathir?? Sebabnya kata gurkah-gurkah politik di'port', Tun Mahathir lah yang sering menghalang Najib daripada membubarkan parlimen untuk memanggil PRU-13. Kalau ikut 'plan' Najib, dia mahu mengadakan PRU ini kalau tidak bulan tiga, pada bulan empat ini, tetapi Tun Mahathir dengan 'modal'nya kata kalau Najib boleh sabar sikit lagi, umno/BN boleh menang dengan 'simple majority' pada PRU ini terutamanya undi-undi dari orang-orang cina. Undi daripada orang-orang susah pula Najib hanya perlu buat sedikit 'pelaburan', iaitu sumbat mulut rakyat susah dengan duit. Ini yang membuatkan Najib terpengaruh dengan kata-kata 'master'nya itu.

 Pada hal rakyat bawahan, yang akan mengundi, yang akan memangkah pada PRU ini awal-awal lagi telah berkata jika PRU di-adakan esok atau minggu depan, agak mustahil bagi umno/BN untuk menang walaupun dengan 'simple majority'.

Olih kerana Najib dan umno/BN perlukan undi yang banyak untuk mempertahankan Putrajaya (agar Rosmah Mansor dapat meneruskan aktiviti bershopping dan makan angin nya di luar negara) maka sementara menunggu parlimen di bubar, rakyat bawahan ini akan diperkenalkan lagi dengan satu dan dua 'plan' sumbat mulut rakyat/pengundi dengan duit.


dollah yankee -
Pokoknya, kalau Najib bagi duit, kita ambil ! nak tukar dengan undi kita? sorry !

Monday, February 06, 2012

Telornya hilang

Nak jadi seorang ketua kena ada 'guts' atau kena ada telor. Tapi tidak bagi Najib yang gurkah-gurkah politik di'port' telah melabelkan dia memang seorang ketua, tetapi ketua yang tak ada telor, sebabnya sampai sekarang dia masih tidak berani mahu bubarkan parlimen dan adakan PRU-13. Setelah di riki-riki, memang sah dia tak ada telor sebab sejak awal tahun 2011 sampai lah hari ni dah pun masuk awal tahun 2012, PRU-13 yang kita semua tak sabar menunggu tak nampak bayang pun.

Jika beliau adakan PRU-13 sebelum bulan Julai tahun 2011 yang lalu terutamanya pada bulan Mac, pasti beliau akan menang besar sebab pada masa itu Pakatan Rakyat (PR) sedang kucar-kacir dan belum dapat berdiri di atas tapak yang kukuh lagi. Masa itu Bersih 2.0 belum pun memaparkan tuntutannya kepada kerajaan.


Namun demikian, kesilapan Najib melengah-lengahkan sampai sekarang ini bukanlah satu langkah yang bijak sebab selepas pemilihan parti yang diadakan oleh PAS, PAS telah bertambah kuat sementara PKR dan DAP masing-masing telah pun mengorak langkah untuk memperbaiki kedudukan mereka. Kini ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini sekarang telah berada diatas 'terra firma' atau permukaan bumi yang kukuh, orang putih kata berada 'on solid ground'.

Punca nya adalah disebabkan oleh Najib sendiri yang tidak ada telor atau tak berani nak menebang pokok, mengikut kata peribahasa Cina. Apabila seseorang hendak menebang pokok, kapak yang dihayunkannya mesti sampai tepat untuk memukul sasaran tetapi Najib hanya berani menghayun kapak 'halfway' dan selepas itu menarik balik pergerakannya semula. Ini bererti beliau tidak berani 'go for it', seperti setengah orang yang suka cakap-cakap dan bermegah-megah tetapi pada masa yang ditetapkan untuk beraksi, orang itu pergi berkelah di tepi pantai ataupun duduk dalam rumah sahaja.

Najib sekarang cuba membuat sesuatu untuk mengawal kenaikan harga barang yang masalahnya semakin bertambah teruk. Tetapi kenyataan dari kerajaan menunjukkan bahawa tiada satu orang pun mempunyai rangka pelan yang jelas. Semuanya samar-samar, kabur dan tidak mempunyai halatuju. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan langsung tiada idea bagaimana hendak mengatasi masalah ini.


Oleh kerana masalah harga barang naik, Najib tidak berani mengadakan PRU-13. Ini memang akan memberikannya imej sebagai seorang pemimpin yang kurang keberkeyakinan. Berbanding dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun dengan caranya yang tersendiri dan tunggang-langgang serta caca-merba, Badawi bagaimanapun telah berjaya menetapkan tarikh pilihanraya umum.


Dengan pendirian sebegini, ramai rakyat Malaysia terutamanya dari golongan yang miskin dan berpendapatan rendah hanya boleh tunggu, lihat, harap dan berdoa. Ramai daripada mereka pun telah menggelengkan kepala tanda rasa kecewa, fedup dan bengang dengan Kerajaan BN/umno.


dollah yankee -
Menunggu saat-saat kad merah dilayangkan untuk Najib

Sunday, February 05, 2012

PAS For All

Dalam seminggu dua ini bermacam-macam punya penganalisis politik dalam akhbar-akhbar harian yang pro gomen telah menyerang PAS/Pakatan Rakyat dengan menulis bahawa pengaruh PAS telah jatuh menjunam disebabkan oleh persahabatan PAS dengan DAP.


Kenyataan ini adalah satu serangan yang main sedap mulut tanpa ambil kira kerana ia tidak berasaskan fakta ataupun bukti yang kukuh tetapi merupakan hanya satu kenyataan yang diluahkan oleh akhbar tersebut yang bertugas sebagai pengampu, penjilat Kerajaan BN.

Rakyat yang jenis atas tak tau la pulak, tapi kalau rakyat yang melayu dan golongan paling bawahan sebenarnya menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya telah berasa muak dan 'boring' dengan politik 'musibat' Umno yang menjijikkan dan ramai di antara mereka dalam diam-diam kini telah mula menanam sifat mahu menyokong parti PAS sebab mereka dapat melihat bahawa nasib orang Melayu terutamanya yang papa kedana tidak terbela dimana Umno yang hanya mementingkan kroni.

Penganalisis-penganalisis politik ini juga cuba meng'saiko' kepala otak kita semua terutama rakyat-rakyat yang dibawahan ini dengan berkata bahawa sekarang pengaruh Ustaz Hadi Awang juga semakin lemah sebab angka orang yang menghadiri khutbah dan ceramahnya juga telah menurun.

Bila kita melihat kepada kenyataan-kenyataan 'busuk' ini, jelaslah bahawa Umno telah memberikan lesen kepada akhbar-akhbar ini untuk menghina PAS dan para pemimpin PAS. Selain dari akhbar-akhbar ini, MCA juga saban hari menyerang dan mengutuk PAS atas isu Hudud. Presiden MCA Chua Soi Lek yang 'kurang ajar' itu tidak henti-henti dalam serangannya menentang Islam.Dari sini boleh dilihat bahawa kemunafikan dan kedurjanaan Umno amat terserlah disebabkan oleh pendiriannya yang jahil apabila membenarkan Chua Soi Lek menghina Islam. Umno telah menggunakan MCA untuk maenentang PAS dan menentang Islam walaupun ia senantiasa menguar-uarkan dirinya sebagai juara Melayu dan juara Islam.

Gurkah-gurkah politik di'port' telah melabelkan bahawa Umno, MCA dan MIC hanyalah parti-parti yang berotak 'udang' dan mereka hanya memperjuangkan hak kaum masing-masing, tak sama dan amat berlainan dengan persahabatan PAS yang mengamalkan Politik terbuka dimana persahabatan dengan DAP adalah saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati serta sama-sama berganding bahu memperjuangkan hak rakyat seluruh Malaysia dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, miskin ataupun kaya.


dollah yankee -
'PAS For All' ... sikit punya cantik ka motto ni?!

Tunaikan dulu 8 perkara !

Penggunaan dakwat kekal yang akan dikuatkuasakan pada PRU-13 nanti hanyalah bertujuan untuk mengelakkan pengundian lebih dari sekali. Tetapi bagaimana pula dengan pungundi yang hanya mengundi sekali sahaja tetapi dia sebenarnya bukan seorang warganegara Malaysia yang sah? Atau pengundi yang sudah mati boleh kembali mengundi oleh mereka yang bukan warganegara Malaysia? Inilah yang berlaku jika daftar pemilih tidak dibersihkan 100% seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0.



Ternyata daripada bukti-bukti yang diperoleh daripada sumber-sumber yang sahih, terdapat 'double standard' dan percanggahan maklumat di antara pengkalan data SPR di dalam website dengan pengkalan data SPR versi CD dan lainnya. Bagaimana seseorang individu yang bernama tempat seperti Balai Polis "X" atau Kampung "Y" juga boleh didaftarkan sebagai pengundi? Dan banyak lagi isu-isu pelik bin ajaib lagi muskil yang dikaitkan dengan daftar pengundi SPR tersebut masih menjadi ribuan misteri.


PSC bagi penambahbaikan pilihanraya sepatutnya bertindak untuk melantik Mimos Berhad atau mana-mana badan IT yang bebas daripada sebarang pengaruh politik untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan data-data yang tersimpan dalam daftar pemilih SPR tersebut sehingga ia dijamin 100% bebas daripada data-data yang diragui serta 100% tidak bercanggah dengan data yang tersimpan di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Proses verifikasi di atas amatlah diperlukan bagi menjamin proses pilihanraya yang 100% bersih, dan telus daripada sebarang penyalahgunaan data oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak yakin dengan kemenangan mereka di dalam PRU-13 nanti. Sesuatu perlulah dilakukan sekarang sebelum segalanya sudah terlambat seperti nasi sudah menjadi bubur.


dollah yankee -
Tunaikan dulu 8 perkara,baru buat PRU